Polis teruskan siasatan, tidak klasifikasi kes Zayn Rayyan ‘NFA’

Meskipun tiada petunjuk baharu, kes ini tidak diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)

12:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberi jaminan siasatan terhadap kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak akan dihentikan meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.

“Kes ini tidak diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.

“Siasatan masih diteruskan bagi mencari petunjuk dalam menyelesaikan kes ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilapor hilang pada 5 Dis tahun lepas di Damansara Damai di sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokannya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis turut meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dan masih menunggu maklum balas berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autistik itu. – 2 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related