‘Sehari sebelum acara, dia kelihatan ceria’, Azlee Senario tidak sangka Hamdan berada di tahap kritikal dan masih ditidurkan

Pada malam acara Wonderful Night with Senariounion itu, dia bersama empat anggota Senario yang lain iaitu Wahid, Apek, Yassin dan Alya terpaksa meneruskan persembahan tanpa Hamdan

3:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara, Azlee Senario memberitahu, dia dan anggota Senario yang lain tidak menyangka dengan nasib yang menimpa rakan mereka, Hamdan yang kini kritikal dan ditidurkan di Unit Penjagaan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.

Menurut Azlee, sehari sebelum menjayakan persembahan acara Wonderful Night with Senariounion pada malam tadi di sebuah hotel di Johor Bahru, Hamdan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda sakit.

“Dia kelihatan ceria, makan pun macam biasa dan dia juga turut bergurau senda dengan kami semua macam selalunya.

“Tapi, pada pagi semalam iaitu sebelum bermulanya acara persembahan, kami diberitahu Hamdan tidak sihat dan kami memintanya untuk berehat.

“Isterinya terpaksa bawa dia ke hospital selepas dia mengadu mengalami cirit-birit dan dia juga turut mengalami sesak nafas sehingga terpaksa dimasukkan terus ke wad kecemasan dan ketika ini, dia ditempatkan di ICU,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Azlee memberitahu, dia dan anggota Senario yang lain sedih sahabat mereka Hamdan kini kritikal dan masih ditidurkan di ICU, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. – Gambar Instagram, 1 Januari, 2024

Menurut Azlee , pada malam acara Wonderful Night with Senariounion itu, dia bersama empat anggota Senario yang lain iaitu Wahid, Apek, Yassin dan Illya terpaksa meneruskan persembahan tanpa Hamdan.

“Sepatutnya, kami tampil berenam bersama Hamdan. Tapi, hendak buat macam mana, kita pun tak jangka keadaan akan jadi begini. Waktu buat persembahan pun, kami semua terasa sedih. Selalu, kalau kami buat persembahan, kami akan bagi 100 peratus yang terbaik.

“Tapi, pada malam itu, kami hanya dapat bagi sebanyak 80 peratus kerana 20 peratus lagi, kami sedang memikirkan keadaan Hamdan di hiospital.

“Pada malam persembahan itu juga, kami turut meminta semua peminat untuk mendoakan Hamdan agar dia cepat pulih dan kembali sedar,” katanya.

“Antaranya, Zaleha Hamid, Mat Sentul serta Aida Agil. Tapi, kami tak sangka pula sahabat kami sendiri yang dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal sekarang ini. Memang Allah hendak duga,” tambahnya.

Acara Wonderful Night with Senariounion sebetulnya adalah untuk tabung dana membantu artis-artis veteran yang ketika ini sedang sakit. – Gambar Instagram, 1 Januari, 2024

Jelas Azlee, acara Wonderful Night with Senariounion yang dijayakan mereka itu sebetulnya adalah untuk tabung dana membantu artis-artis veteran yang ketika ini sedang sakit.

Azlee yang masih lagi berada di hospital untuk melihat keadaan terkini Hamdan menyatakan, sahabatnya itu masih lagi ditidurkan dan sedang mendapat rawatan menggunakan mesin.

“Isterinya juga sebelum ini tidak dibenarkan masuk ke dalam ICU. Saya sendiri tidak pasti kenapa tetapi doktor sekarang ini sedang berjumpa dengan isterinya untuk menjelaskan keadaan sebenar Hamdan,” katanya. – 1 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related