Lelaki terlibat samun, ada 16 rekod jenayah maut berbalas tembakan dengan polis

Selain samun, suspek juga pernah ditahan kerana terlibat dengan kes dadah, kesalahan di bawah Akta Senjata Api dan Bahan Kakisan serta pernah dikenakan tindakan menurut Ordinan Darurat

11:03 AM MYT

 

BUKIT MERTAJAM – Polis Pulau Pinang menembak mati seorang lelaki yang terlibat dalam kes samun bersenjata dan mempunyai 16 rekod jenayah lampau dalam kejadian berbalas tembakan di Machang Bubok di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata pihak polis pada mulanya mengesan sebuah kenderaan jenis Proton X70 dalam keadaan mencurigakan menghala ke Sungai Lembu di sini kira-kira 12.35 tengah malam.

“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang mendapati kereta itu dalam keadaan mencurigakan telah mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan terbabit, namun lelaki itu terus memecut laju untuk melarikan diri dan dalam masa sama melepaskan tembakan.

“Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta dipandu lelaki itu untuk mempertahankan diri, tetapi dia memecut laju dan selepas pasukan kami mengejarnya kira-kira 200 meter, kenderaan suspek terbabas ke tepi jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata lelaki itu kemudian keluar dari keretanya dan melepaskan tembakan ke arah polis sebelum pihak polis membalas tembakan dan terkena suspek.

Khaw berkata lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian dan pemeriksaan awal mendapati suspek berumur 44 tahun dan beralamat di Pulau Pinang itu terlibat dalam beberapa jenayah samun di negeri ini, Selangor dan Melaka.

Beliau berkata semakan mendapati nombor pendaftaran kenderaan digunakan suspak adalah palsu dan selain samun, suspek juga pernah ditahan kerana terlibat dengan kes dadah, kesalahan di bawah Akta Senjata Api dan Bahan Kakisan serta pernah dikenakan tindakan menurut Ordinan Darurat.

“Kita percaya penjenayah ini amat berbahaya kerana dia turut memiliki senjata api dan semakan mendapati senjata digunakan ialah jenis semi auto,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek bergerak solo ketika melakukan jenayah samun dan mengacukan pistol ke arah mangsa bagi tujuan menakut-nakutkan mereka. – 31 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related