Netanyahu tak ambil peduli kecaman antarabangsa: ‘Perang akan berlanjutan berbulan-bulan lagi’

Zionis berterima kasih kepada pentadbiran Presiden Biden meluluskan ‘bantuan kecemasan’ penjualan senjata

10:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun mendapat kecaman demi kecaman daripada pihak antarabangsa, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagaikan tidak ambil peduli sambil menegaskan ‘perang’ ke atas Hamas di Gaza akan berlanjutan untuk berbulan-bulan akan datang.

Malah beliau menolak gesaan antarabangsa supaya mengadakan gencatan senjata.

Menurut laporan Arab News, rejim zionis juga berterima kasih kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden atas sokongan berterusannya termasuk meluluskan ‘bantuan kecemasan’ penjualan senjata, yang kedua untuk bulan ini, dan menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang meminta gencatan senjata segera.

Jelas Netanyahu, menamatkan perang pada waktu ini akan memberi makna kemenangan bagi Hamas, pendirian sama yang dikongsi pentadbiran Biden.

“Seperti dimaklumkan oleh Ketua Turus (tentera) minggu ini, perang akan berterusan beberapa bulan lagi.

“Dasar saya jelas, kami akan terus berjuang sehingga mencapai semua objektif, menghancurkan Hamas dan pembebasan semua tebusan,” katanya pada sidang media yang disiarkan saluran televisyen.

Jumaat lalu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken memaklumkan kepada Kongres bahawa pentadbiran Biden meluluskan penjualan senjata bernilai AS$147.5 juta (RM677 juta) kepada Israel.

Ia merupakan bantuan kedua bulan ini oleh pentadbiran Biden dalam meluluskan penjualan senjata kecemasan kepada Israel selepas membuat keputusan sama pada 9 Disember lalu.

Dengan tentera Israel memperluas serangan darat minggu ini, berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin menyerbu bandar Rafah yang sudah sedia sesak bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan.

Kementerian Kesihatan di Gaza berkata, lebih 21,600 rakyat Palestin terkorban sejak pertempuran antara zionis dan Hamas 7 Oktober lalu.

Dalam tempoh 24 jam ini, seramai 165 rakyat Palestin terbunuh, kira-kira 70 peratus daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak. – 31 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related