Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit

Jangkitan pernafasan dan cirit-birit antara penyakit paling banyak dilaporkan di pusat perlindungan kecemasan, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus

8:30 AM MYT

 

GAZA – Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Sabtu.

Perkhidmatan kesihatan di kawasan berkenaan sudah sekian lama terbeban dan gelombang pemindahan baharu yang diarahkan tentera Israel telah menjadikan tugas mereka lebih sukar.

Jangkitan pernafasan dan cirit-birit adalah antara penyakit paling banyak dilaporkan di pusat perlindungan kecemasan, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus di platform media sosial X pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kira-kira 180,000 orang menderita jangkitan pernafasan manakala lebih 136,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami cirit-birit yang boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Terdapat juga lebih 55,000 kes kutu dan kudis.

Menurut OCHA, Tabung Kanak-kanak PBB telah menghantar 600,000 dos vaksin ke Semenanjung Gaza pada Jumaat.

Matlamatnya adalah untuk kanak-kanak menerima imunisasi rutin pada tahun depan walaupun dilanda perang. Imunisasi itu, termasuk difteria, tetanus dan batuk kokol. – 31 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related