Anwar umum bantuan RM50 juta untuk mangsa banjir di Kelantan

Perdana Menteri tiba tengah hari tadi di Kelantan bagi meninjau sendiri situasi banjir di negeri tersebut

3:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM50 juta bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap keluarga yang terjejaskan akan menerima bantuan tunai RM1,000.

“Peruntukan awal itu diluluskan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan akan disalurkan terus kepada penduduk serta keluarga yang terlibat, RM1,000 setiap keluarga.

“Insya-Allah kita akan lebih kurang.. kerana telah dimaklumkan oleh Menteri Besar Kelantan tadi (bahawa) ada keluarga yang dah tiga kali hadapi masalah banjir dan kerosakan yang sangat berat dihadapi, itu insya-Allah kita akan bantu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SMK) Agama Lati, di Pasir Mas, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Perdana Menteri tiba tengah hari tadi di Kelantan bagi meninjau sendiri situasi banjir di negeri tersebut. – 28 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related