Filem Pendatang tidak sesuai ditayangkan di sekolah’: Pensyarah dari UiTM ini perjelas sebabnya

Menurut Ahmad Farami, filem yang bertemakan eksplisit politik dan ideologi tidak sesuai untuk kategori umur pelajar sekolah

3:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Farami Abdul Karim berpendapat bahawa filem Pendatang tidak sesuai untuk ditayangkan di sekolah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook beliau, Farami berkata tema eksplisit politik dan ideologi tidak sesuai untuk kategori umur pelajar sekolah.

“Sekolah bukan tempat sesuai untuk tayangan banyak adegan eskplisit pembunuhan, kata makian, ancaman rogol dan pemaparan rasisme keterlaluan.

“Selain itu, ‘setting’ berunsur anarki, pergelutan sosial dan pesimisme genre ‘dystopian thriller’ lebih sesuai untuk penonton dewasa.

“Seorang penonton perlu ada kecelikan konsep asas hubungan antara kaum sebelum berupaya memahami konflik berdarah dan isu rasisme kompleks dalam filem ini. Ini sebabnya klasifikasi filem mengikut kesesuaian umur penonton dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri,” tulisnya.

Tambahnya lagi, tayangan umum di sekolah juga perlu mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Kelulusan dan penapisan filem mengambil kira aspek sosiobudaya, keagamaan dan ketatasusilaan. Ini jelas dalam garis panduan penapisan filem yang punca kuasanya adalah Akta Penapisan Filem 2002.

“Tentu sekali unsur keganasan melampau, kata-kata kesat serta pelecehan seksual dalam filem Pendatang tidak akan diluluskan untuk tayangan, khususnya di sekolah.

“Dialog tentang Sabah dan Sarawak telah keluar dari Malaysia dan sindiran watak berbangsa Cina terhadap persepsi makanan tidak halal antara unsur provokatif yang sama sekali tidak sesuai untuk tayangan di sekolah.

“Banyak lagi filem pro-sosial dan medium lain boleh digunakan di sekolah bagi menggalakkan kesedaran tentang kepentingan kesepaduan sosial,” tulisnya.

Terdahulu, pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman menyatakan pendapatnya tentang filem Pendatang patut ditayangkan di sekolah untuk menggalakkan perbincangan dan prasangka dengan lebih mendalam.

Filem Pendatang yang diterbitkan oleh Kuman Pictures menggunakan wang pembiayaan orang ramai mula ditayangkan di saluran Youtube pada 21 Disember lalu.

Sehingga kini filem arahan Ken Kin itu sudah mencapai jumlah tontonan hampir 500,000. – 27 Disember 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related