Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang, Johor hingga esok: METMalaysia

Amaran itu yang berkuatkuasa tengah hari ini, membabitkan tiga daerah di Pahang dan enam di Johor

2:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) membabitkan Pahang dan Johor hingga esok.

Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, amaran itu berkuat kuasa tengah hari ini.

“Ia melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta enam daerah di Johor, iaitu Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumkat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi METMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman medoa sosial rasmi jabatan.

“Talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Terengganu, Pahang dan Johor diminta mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah, susulan amaran hujan berterusan waspada (kuning) dikeluarkan semalam.

METMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian) dan Sabah (Telupid, Beluran, Sandakan) serta Kudat sehingga 4 petang ini. – Gambar METMalaysia, 27 Disember, 2023

Notis itu dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), susulan hujan berterusan dijangka berlaku sehingga hari ini di negeri berkenaan.

Menurutnya, jawatankuasa itu juga diminta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana bakal berlaku, terutama di kawasan berisiko tinggi.

“Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas.

“Jawatankuasa ini juga dimohon memastikan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian mencukupi, selain berada di dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.

“Semua pusat operasi/kawalan bencana peringkat pusat hendaklah memanjangkan notis ini ke peringkat negeri dan daerah,” katanya. – 27 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related