99 peratus pengguna domestik Sabah, Labuan tidak terjejas pelarasan semula tarif elektrik

Keputusan pelarasan itu membabitkan tarif elektrik bagi tempoh enam bulan, iaitu 1 Januari hingga 30 Jun ini

8:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengecualian surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kepada pengguna domestik di Sabah dan Labuan dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah, dikekalkan untuk tempoh enam bulan lagi, iaitu 1 Januari hingga 30 Jun 2024.

Menerusi kenyataannya, Suruhanjaya Tenaga (ST) memaklumkan, pengekalan itu susulan persetujuan kerajaan pada 13 Disember lalu supaya pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme ICPT, dilakukan secara penyasaran semula subsidi bagi pengguna di Sabah dan Labuan untuk tempoh berkenaan.

Katanya, penyelarasan itu juga menyaksikan pengguna domestik (tarif DM) dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500 kWj akan dikenakan surcaj pada kadar 7.21 sen/kWj.

“Pengecualian surcaj ICPT dikekalkan kepada pengguna bukan domestik kategori tarif voltan rendah (tarif CM1 dan ID1) yang terdiri daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

“Pengecualian surcaj ICPT turut diberikan kepada pengguna bukan domestik yang terdiri daripada operator air dan pembetungan dalam kategori tarif voltan rendah (tarif CM1 dan ID1).

“Malah, pengguna bukan domestik selain di kategori tarif voltan rendah yang terdiri daripada PMKS serta kategori operator air dan pembetungan dalam kategori tarif voltan rendah, akan dikenakan surcaj pada kadar 7.21 sen/kWj,” katanya.

Kenyataan sama memaklumkan, berdasarkan keputusan kerajaan itu, sejumlah 99 peratus atau 561,000 pengguna domestik di Sabah dan Labuan tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh terbabit.

“Berdasarkan kepada penyasaran semula subsidi ini, kerajaan memperuntukkan RM161.70 juta subsidi kepada kategori pengguna dinyatakan, bagi meminimumkan impak surcaj ICPT sepanjang tempoh pelaksanaan berkenaan,” katanya. – 26 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related