KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Nadia Brian dikecam netizen gara-gara berkongsi gambar terbarunya yang berpakaian seksi.
Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, berkongsi fotonya yang memakai gaun pendek berwarna hitam di akaun Instagram.
Disebabkan itu, ramai netizen mengecamnya kerana menurut mereka Nadia seolah-olah tiada pendirian.
“Baru jer (sahaja) sopan masa ‘Free Palestine’. Sekarang semua ‘free’ tengok,” komen salah seorang pengguna Instagram.
“Kata dulu nak belajar lebih tentang agama. Akhir zaman,” tulis seorang lagi netizen.
Namun di sebalik kecaman yang diterima, ada juga yang memuji kecantikan Nadia dan dia turut disamakan dengan selebriti terkenal Hollywood, Britney Spears.
Nadia sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk berhijab di masa akan datang selepas fotonya berhijab menerima pujian ramai.
Namun kata Nadia, dia terikat dengan kontrak drama baharu. – 26 Disember, 2023