KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 70 rakyat Palestin terkorban dalam serangan udara rejim Zionis di sebuah kem pelarian dekat sini lewat malam tadi.
AFP memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, kejadian berlaku di kem pelarian Maghazi dan jumlah korban dijangka meningkat.
Jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra berkata, berlaku pembunuhan beramai-ramai di kem Maghazi, sebuah kem yang sesak dan padat dengan pelarian Palestin.
Dalam pada itu, Hamas menyifatkan serangan itu sebagai jenayah perang baharu.
Hamas turut menggesa siasatan antarabangsa dilakukan terhadap pembunuhan berterusan penduduk Palestin oleh tentera Israel.
Terdahulu Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, 10 ahli keluarga terkorban dalam serangan Zionis di kem Jabalia di utara Gaza. – 25 Disember, 2023