DBKL adakan operasi bancian rutin susulan serbuan di Jalan Silang

Operasi membabitkan pemeriksaan lesen kedai, mengenal pasti jumlah pekerja dan memeriksa sama ada mereka mempunyai permit sah

3:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Susulan serbuan pihak berkuasa di Jalan Silang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemeriksaan di kawasan itu hari ini bagi mengemas kini data bancian.

Seorang pegawai DBKL memberitahu Scoop bahawa operasi hari ini bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia adalah tugas pemantauan rutin.

“Kami sedang menjalankan bancian. Kita perlu mengemas kini dengan jumlah terkini, terutamanya sejak isu (serbuan),” katanya sambil menambah bahawa laporan bancian terakhir diambil kira-kira enam bulan lalu.

Beliau berkata, sesi pemantauan hari ini termasuk memeriksa lesen kedai, mengenal pasti jumlah pekerja dan memeriksa sama ada mereka mempunyai permit sah.

“Kita juga perlu menentukan sama ada kedai itu menjalankan aktiviti mengikut lesennya.

“Jika anda beroperasi sebagai kedai tekstil tetapi juga menjual peranti digital, itu tidak dibenarkan,” katanya.

Aktiviti di Jalan Silang, Kuala Lumpur hari ini berjalan seperti biasa selepas operasi melibatkan pelbagai agensi dilakukan secara besar-besaran, Khamis lalu. – Abdul Razak Latif/Scoop, 24 Disember, 2023

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak menemui sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang sejak operasi itu bermula jam 10 pagi.

Tambah beliau, DBKL akan membuat pemeriksaan di Jalan Silang serta beberapa lagi blok di sekitarnya.

Sementara itu, seorang pengurus kedai yang disoal siasat DBKL mengesahkan, laporan bancian terbabit adalah perkara biasa.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, pemilik perniagaan di Kuala Lumpur perlu mematuhi peraturan DBKL, terutama berkaitan penyewaan premis mereka kepada warga asing tanpa dokumen sah dan menggaji pendatang tanpa izin.

Pada Khamis, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, seramai 1,101 pendatang tanpa izin ditahan pihak penguat kuasa selepas operasi pelbagai agensi di Jalan Silang.

Katanya, barangan seludup seperti rokok, arak dan ubat yang tidak diluluskan berjumlah RM104,530 turut dirampas daripada premis diserbu di kawasan berkenaan. – 24 Disember 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related