Tekanan air di Jeram kembali pulih secara berperingkat sejak semalam: Air Selangor

Air Selangor juga menghantar tiga lori tangki air ke kawasan yang terlibat bagi membantu pengguna mendapatkan bekalan air sementara menanti bekalan pulih sepenuhnya

2:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tekanan air di kawasan Jeram sudah kembali pulih secara berperingkat sejak 8 malam semalam malah tahap pengeluaran air di loji rawatan air telah berada pada tahap maksimum.

Jurucakap Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, bekalan air dijangka kembali pulih pada jam 6 pagi esok.

Jelasnya, tindakan awal bagi mengawal agihan dan menyalurkan bekalan alternatif telah dilaksanakan bagi memastikan bekalan air stabil pada musim perayaan.

“Air Selangor juga telah bertindak menghantar tiga lori tangki air ke kawasan yang terlibat bagi membantu pengguna mendapatkan bekalan air sementara menanti bekalan pulih sepenuhnya,’’ katanya kepad Scoop ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas mengenai penduduk di Kg Bukit Kuching, Bukit Cherakah, Bukit Hijau dan Parit Mahang di Jeram yang mengeluh kerana sejak beberapa hari lalu mengalami gangguan bekalan air.

Bukan itu sahaja, penduduk mendakwa tiada notis dikeluarkan oleh Air Selangor mengenai gangguan bekalan air malah tiada penyelesaian diberikan.

Kemarahan tersebut diluahkan menerusi Facebook Air Selangor, namun isu tersebut masih belum selesai.

Menurut salah seorang penduduk dikenali sebagai Nurul Ashyikin, dia telah dua kali membuat aduan namun jawapan yang diterima adalah masih dalam siasatan. – 24 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related