KUALA LUMPUR — Comic Fiesta 2023 yang berlangsung di KL Convention Centre (KLCC) telah menarik perhatian ramai pengunjung hingga mengakibatkan kesesakan teruk di kawasan berkenaan.
Ia disifatkan oleh ramai peminat Comic Fiesta umpama memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak.
Comic Fiesta, yang merupakan acara yang dinantikan oleh ramai peminat komik serta animasi ini akan berlangsung selama dua hari, mulai hari ini di KLCC.
Queue starting to get longer but still got movement towards entrance. So far it's better than last year.#ComicFiesta2023 pic.twitter.com/3J5AwXD8bZ
— MHS94 #30in2024🙋🏻♂️ (@muhishaa94) December 23, 2023
Rata-rata peminat komik telah memuatnaik acara terbabit di media sosial dan sanggup beratur panjang untuk memasuki KLCC.
“Barisan semakin panjang tetapi masih ada pergerakan ke pintu masuk. Setakat ini lebih baik dari tahun lepas.
Namun ada juga yang merungut, kerana terlalu ramai orang hingga terpaksa beratur panjang.
#ComicFiesta2023 day 1!
— 🍉 Ohareza (@ohareza) December 23, 2023
The queue is ridiculous. I can't even see the convention center building from the line pic.twitter.com/fOPM9G1AvS
Peminat komik bukan hanya dari dalam negara, malah pengunjung dari Indonesia dan Singapura turut serta memeriahkan Comic Fiesta terbabit.
Tiga kategori tiket dijual iaitu untuk Weekend Pass berharga RM95, All Day Pass (RM50), dan Afternoon Pass (RM30).
Sebelum pandemic Covid-19 melanda, acara ini telah diadakan di ibu negara pada 2019 dengan kira-kira 65,000 orang menghadirinya.
Namun ia ditangguhkan selama dua tahun akibat penularan Covid-19.
Bagaimanapun ketika pengumuman mengenai penganjuran Comic Fiesta 2023 dibuat pada bulan Ogos lalu, platform media sosial dipenuhi dengan komen positif daripada peminat komik dan animasi. – 23 Disember, 2023