Rakam semula lagu ikonik Indonesia, Sesaat Kau Hadir, Suhaimi Sulaiman dipuji naikkan semula martabat Orkestra RTM

Suhaimi berkolaborasi dengan Orkestra RTM pimpinan Mokhzani untuk rakamkan semula, Sesaat Kau Hadir dalam versi baharu

3:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sesiapa sahaja yang mengikuti perjalanan kerjaya Datuk Suhaimi Sulaiman sudah sedia maklum bahawa beliau amat meminati bidang seni dan mempunyai bakat menyanyi secara semula jadi.

Bahkan, personaliti TV terkemuka yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran RTM ini juga sering berkongsi sedutan videonya sedang berkaraoke tatkala menghabiskan waktu senggangnya.

Sedutan video memaparkan kolaborasi di antara Suhaimi dengan Orkestra RTM pimpinan Datuk Mokhzani Ismail. – Gambar Suhaimi Sulaiman, 22 Disember, 2023

Namun, sebuah video teaser yang dimuatnaik Suhaimi kira-kira tujuh hari lalu di Instagramnya itu cukup menarik perhatian.

Sedutan video itu memaparkan kolaborasi di antara Suhaimi dengan Orkestra RTM pimpinan Datuk Mokhzani Ismail di mana beliau merakamkan semula lagu Indonesia yang cukup popular pada era 80-an, Sesaat Kau Hadir dalam versi baharu.

Harus diakui, memang sedap suara Suhaimi ketika membawakan lagu ini.

Awal pagi tadi, Suhaimi berkongsi video penuh rakaman lagu, Sesaat Kau Hadir yang asalnya dipopularkan Utha Lukimahua dan dinyanyikan beberapa penyanyi Indonesia lain dalam pelbagai versi termasuk mendiang, Harvey Malaiholo.

Memang mantap dan padu sekali Sesaat Kau Hadir versi Suhaimi ini kerana nuansa muziknya lebih dekat dengan versi asalnya (daripada Utha) kerana menggunakan jalur susunan muzik, Big Band.

Bagaimanapun, versi Suhaimi lebih menarik kerana kualiti, susunan muzik dan persembahannya memang cukup hebat sekali.

Ia kedengaran lebih padat, lebih mahal dan lebih moden (sesuai dengan peredaran zaman).

Orkestra RTM pimpinan Datuk Mokhzani Ismail. – Gambar Suhaimi Sulaiman, 22 Disember, 2023

Sementara itu, Mokhzani yang bertanggungjawab melakukan susunan muzik untuk versi baharu Sesaat Kau Hadir juga berlaku adil terhadap karya lagu ikonik ciptaan Boedi Bachtiar ini.

Sekalung tahniah buat Mokhzani dan pasukan pemuziknya.

Menariknya, segelintir pengikut Suhaimi memuji kolaborasi lagu dan ada juga yang berpendapat ia mengembalikan semula standard asal pemuzik Orkestra RTM yang sebelum ini sangat dikagumi dari segi skil permainan mereka.

Ada juga yang meminta agar Suhaimi mengembalikan semula program hiburan seperti Senada Seirama/Senandung Serumpun/Ekspresi Gemilang yang menyatukan artis hebat dan berbakat dari Malaysia dan Indonesia demi merapatkan lagi hubungan silaturrahim kedua-dua negara ini.

Satu idea yang cukup baik dan Scoop percaya Suhaimi mampu merealisasikan semula program hiburan yang cukup popular ini suatu masa dahulu. – 22 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related