‘Kita harus bangga dengan ajukan madanon, lawan walaun’ seru ketua Awan Nasional

Datuk Aiman Athirah Sabu memetik tulisan Allahyarham Dr Faisal Othman bertajuk Masyarakat Madani Malaysia, Asas dan Strategi, yang diterbitkan pada tahun 1997

11:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — “Kita harus berbangga dengan ajukan madanon, lawan walaun,” kata
Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Nasional, Datuk Aiman Athirah Sabu memandangkan madanon, yang berkait dengan Madani, adalah mereka yang berakhlak dan beramanah.

Aiman yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memetik tulisan Allahyarham Dr Faisal Othman dalam eseinya yang mengulas mengenai Madani bertajuk Masyarakat Madani Malaysia, Asas dan Strategi, yang dimuat dalam buku Masyarakat Madani Satu Tinjauan Awal.

Buku berkenaan ditulis pada 1997.

“Dr Faisal menulis bahawa komponen penting dalam tunjang sentral ialah kemadanian, akhlak, moral dan integriti justeru madanon adalah akhlak dan amanah.

“Jadi kalau orang panggil madanon…madanonlah. Kita lawan walaun,” kata ketika berucap merasmikan Konvensyen Awan Nasional 2023 yang berlangsung di Klang, hari ini.


Konvensyen Nasional Amanah 2023 di Klang ini akan turut menyaksikan pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah sesi 2023-2026 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Dalam ucapannya itu juga, Aiman turut menyentuh mengenai peranan wanita dalam parti politik dan kerajaan.

Jelasnya, wanita bukan lagi sekadar aksesori dalam politik untuk mencari undi sebaliknya memainkan peranan sama pentingnya dengan kaum lelaki.

“Saya ingin mengingatkan kaum wanita bahawa kerja menggalas Madani harus datang dengan kejernihan. Jangan kita perlekehkan gagasan ini dan teras yang kita percayai ini,’’ katanya. – 22 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related