Keretakan longkang monsun dipercayai punca tanah runtuh di Taman Wawasan

Izham juga berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk fasa pertama dijangka selesai Ahad ini

8:44 PM MYT

 

PUCHONG – Laporan awal berhubung tanah runtuh di Jalan Wawasan di sini mendapati keretakan longkang monsun menjadi punca insiden yang menjejaskan sembilan rumah itu berlaku pada Sabtu lepas. 

Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor Izham Hashim berkata keretakan longkang monsun yang terletak di atas tebing menyebabkan air mengalir ke bawah melalui retakan serta mengakibatkan tanah menjadi mendap dan runtuhan cerun berlaku.

“Longkang monsun ini besar dan berada di atas tebing. Keretakan longkang monsun menyebabkan air mengalir ke bawah. 

“Bagaimanapun kita akan menyiasat perkara ini secara teliti melalui konsultan yang akan dilantik,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di kawasan tanah runtuh itu hari ini.

Beliau berkata bagi membendung isu itu, kerja-kerja penyambungan saliran longkang monsun akan dibuat agar air tidak bertakung di kawasan tanah runtuh tersebut.

Izham juga berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk fasa pertama dijangka selesai Ahad ini.

“Tujuan utama pemasangan cerucuk itu adalah bagi memastikan tanah di bahagian hadapan rumah yang terjejas lebih selamat dan kukuh selain mengekang pergerakan tanah daripada berlaku,” katanya sambil menambah kerja-kerja baik pulih di kawasan tanah runtuh seperti pembinaan longkang monsun, tambakan tanah dan pengukuhan cerun dijangka siap dalam tempoh tiga minggu. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara Ng Size Han pula berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk di bahagian bawah akan dijalankan selepas pemasangan di bahagian atas selesai.

Beliau menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada sembilan ketua isi rumah yang terjejas dalam insiden tanah runtuh.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa agensi turut hadir bagi memantau keadaan di kawasan tanah runtuh antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya serta Indah Water Konsortium Sdn Bhd. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Cyberbullying: timely intervention wise as cases on the rise

As social media becomes increasingly popular, criminology expert notes its ‘dark side’ which exposes people to several crimes and vouches for regulation

The North Face bids farewell to Malaysia with 60% clearance sale

Beloved outdoor brand announces closure of its seven retail outlets, leaving fans saddened, with many expressing their feelings on social media

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related