Libatkan kesatuan pekerja gubal Dasar Sumber Manusia yang baharu: Cuepacs

Pandangan dan penglibatan wakil pekerja amat penting bagi memastikan setiap dasar dilaksanakan kelak sesuai dengan persekitaran kerja semasa

3:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kemeterian Sumber Manusia disaran agar sentiasa mengambil kira dan menerima setiap pandangan dilontarkan kesatuan pekerja terutama dalam soal melibatkan penggubalan Dasar Sumber Manusia yang baharu.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, pandangan atau penglibatan wakil pekerja amat penting bagi memastikan setiap dasar dilaksanakan kelak sesuai dengan persekitaran kerja semasa di negara ini.

Menurutnya, ia terutama dalam perspektif ekonomi yang semakin mencabar dan berkembang.

“Cuepacs menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif dan hala tuju awal yang ditetapkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong yang dilihat mahu memperkukuhkan kebajikan, meningkatkan kemahiran dan menaikkan produktiviti pekerja.

“Perancangan yang digariskan kementerian itu adalah selari dengan apa yang diperjuangkan oleh kesatuan pekerja terutama dalam hal yang akan membolehkan pekerja di negara ini mendapat kadar upah atau gaji lebih bermaruah dan wajar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Steven Sim berkata, kementerian itu akan merangka Dasar Sumber Manusia Negara sebagai panduan utama dalam usaha memperkukuhkan kebajikan, meningkatkan kemahiran dan menaikkan produktiviti pekerja.

“Ia termasuk mempersiap pasaran buruh yang mampu menghadapi cabaran masa hadapan seperti perkembangan teknologi digital, agenda negara menua, ekonomi hijau, ketidakpadanan pekerjaan dan keperluan pekerjaan wajar (“decent work”) selaras dengan kerangka Ekonomi Madani,” katanya.

Dalam pada itu, Adnan berkata, pihaknya turut menyambut baik keterbukaan kementerian melantik wakil daripada kesatuan pekerja sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Steven Sim.

Katanya, pelantikan Bendahari Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank Malaysia (Nube), Chee Yeeh Ceeu adalah simbolik kepada keterbukaan Steven Sim dalam menjalin hubungan baik dengan warga pekerja terutama dalam mendengar terus padangan daripada akar umbi.

“Cuepacs yakin pelantikan tersebut mampu memberi kesan positif terutama daripada sudut memperkasa dan meningkatkan kebajikan warga pekerja di Malaysia.

“Penglibatan Chee Yeeh Ceeu diyakini mampu membawa suara pekerja terus kepada saluran yang tepat tanpa sebarang halangan birokrasi dan sebagainya,” katanya.

Ujarnya lagi, Cuepacs juga berharap Steven Sim sentiasa terbuka terhadap isu yang akan dibawakan kesatuan pekerja agar setiap usaha dilakukan kedua-dua pihak memberi kesan terbaik kepada negara dan warga pekerja. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related