Nik Nazmi akan saman Chegubard susulan dakwaan ada elemen rasuah dalam RTB

Menteri sumber asli menegaskan bahawa hampir semua projek tebatan banjir tahun ini masih melalui proses tender, 19 Surat Setuju Terima telah dikeluarkan tahun ini

1:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat ke atas Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard. 

Ia susulan dakwaan Chegubard bahawa terdapat elemen rasuah dalam Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang dikendalikan oleh kementerian Nik Nazmi. 

Tegasnya, hampir semua projek RTB kerajaan pada tahun ini masih melalui proses tender dan untuk tahun ini sebanyak 19 projek telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST).  

“Belum ada perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan (development expenditure). 

“Justeru fitnah bahawa projek RTB yang mencecah sehingga RM16.6 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepada Menteri merupakan tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Chegubard yang juga ahli jawatankuasa Penerangan Bersatu telah membuat laporan polis susulan dakwaan kes rasuah melibatkan rancangan tebatan banjir bernilai lebih RM16 bilion.

Beliau mendakwa pada November tahun lalu, kerajaan telah membatalkan kontrak untuk tebatan banjir bernilai RM7 bilion yang dilaporkan diberi menerusi rundingan terus oleh pentadbir sebelumnya dan akan menilainya semula.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata RTB kerajaan melalui proses perolehan yang telus melibatkan tatakelola Kementerian Kewangan serta mesyuarat Lembaga Perolehan, di mana beliau sendiri tidak terlibat.

“Kerajaan ini telah menilai semula cadangan-cadangan projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi untuk memberikan keutamaan kepada kawasan­ kawasan kritikal dengan siling peruntukan pembangunan keseluruhan 33 projek RTB yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan berjumlah RM11.8 bilion, bukan  RM16.6 bilion,” katanya.

Sambil menyifatkan tuduhan Chegubard itu sebagai tuduhan liar dan tidak berasas, Nik Nazmi berkata sudah beberapa kali Chegubard telah kalah saman kerana terbukti memfitnah.

“Tuduhan Chegubard tidak berasas, dan menunjukkan beliau tidak memahami proses perolehan dan peruntukan belanjawan kerajaan,’’ katanya. – 21 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related