Syamsul Debat tidak terbabit kemalangan maut, ‘jangan sebar berita palsu’: Pembantu

Malah, katanya, Syamsul sudah selamat tiba di rumah selepas pulang daripada umrah hari ini

11:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pembantu kepada Ustaz Syamsul Debat menafikan dakwaan bahawa penceramah bebas terkenal itu, terbabit kemalangan dan meninggal dunia seperti mesej yang tular dalam media sosial, hari ini.

Menerusi laporan media, pembantunya itu menyatakan, Syamsul atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail sudah selamat tiba di kediamannya di Negeri Sembilan hari ini, selepas pulang daripada umrah.

“Tidak benar, itu (mesej yang tular) scammer. Ustaz (Syamsul Debat) baru sampai dari Madinah pada tengah hari tadi.

“Jangan sebar berita palsu,” katanya.

Terdahulu, tular mesej menerusi aplikasi perbualan di WhatsApp mendakwa, seorang pendakwah bebas terkenal, iaitu Syamsul maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) di Sepang.

Berita palsu itu menyatakan beliau dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Dalam pada itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sepang mengesahkan tidak menerima sebarang laporan kemalangan seperti ditularkan. – 20 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Fugitive preacher Zakir Naik defies Malaysia’s speech ban?

The Indian national preacher allegedly defied Malaysia’s speech ban with an address at the Perlis International Sunnah Convention 2025

Amirudin signals move to federal politics

The Selangor menteri besar is preparing for a move to the federal government by 2028, following an unwritten two-term limit for the state’s top post

Everyone makes mistakes: Hannah should forgive Razman, says PAS spiritual leader

Datuk Hashim Jasin says Youth and Sports Minister should let bygones be bygones over ‘YTL daughter’ gaffe

Related