Kenapa drama berbahasa Kantonis semakin kurang di Malaysia, seperti dipinggirkan?: Kin Wah

Sejak menjadi pelakon, Chew Kin Wah hanya pernah berlakon satu drama Kantonis, iaitu kira-kira 20 tahun lalu

7:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon tempatan, Chew Kin Wah, 58, yang cukup popular di Indonesia, kesal apabila karya seni berbahasa Kantonis semakin dipinggirkan dalam industri seni dan lakonan Malaysia.

Menurut Kin Wah atau nama Islamnya Anuar Abdullah, sejak menjadi pelakon, dia hanya pernah berlakon satu drama Kantonis, iaitu kira-kira 20 tahun lalu.

“Selepas dari itu saya lihat tiada lagi drama Kantonis, semuanya Mandarin. Saya tertanya-tanya kenapa jadi begitu?

“Setahu saya Mandarin digunakan di China. Mereka adalah komunis. Kenapa kita nak guna bahasa komunis? Cina di Malaysia guna bahasa Hokkien dan Kantonis,” katanya ketika ditemui pada sidang media filem, Rain Town.

Kongsi Kin Wah, dia pernah ditawar membintangi drama Cina untuk saluran RTM, tetapi mereka menuntutnya untuk bertutur dalam Mandarin.

“Saya beritahu yang saya tak boleh buat sebab saya tak tahu cakap Mandarin. Bila saya balik rumah, saya buka saluran RTM, kebanyakan cerita ditayangkan adalah dari Hong Kong yang menggunakan bahasa Kantonis.

“Kalau kita lihat nama besar seperti Stephen Chow dan Chow Yun Fat, mereka pelakon yang bertutur dalam Kantonis. Sepatutnya di Malaysia kita perlu lebih mengutamakan bahasa diguna pakai di sini,” jelasnya.

Justeru, Kin Wah sangat bersyukur dan gembira apabila dia ditawarkan membintangi filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza yang menggunakan bahasa Kantonis.

Chew Kin Wah (tiga dari kanan) sangat bersyukur dan gembira apabila dia ditawarkan membintangi filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza (empat dari kiri) yang menggunakan bahasa Kantonis – Gambar ihsan penerbit filem, 19 Disember, 2023

“Sewaktu Tunku Mona beritahu saya dia nak buat filem mengenai budaya Cina, saya kata gila dia ni, tetapi dia beritahu bahawa ini adalah satu cabaran buatnya dan bila saya baca skrip, jalan ceritanya menarik.

“Saya beritahu dia, kalau nak saya berlakon filem ini, saya nak cakap Kantonis sebab bahasa ini sudah lama hilang dari layar Malaysia. Saya pun tak tahu sebab apa.

“Tetapi apa yang saya boleh cakap saya bangga dapat berlakon dalam filem ini yang menggunakan bahasa Kantonis,” ujarnya.

Selain Kin Wah, Rain Town dibintangi Susan Lankester, Wilson Lee, Fabian Loo dan Pauline Tan.

Filem ini akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 8 Februari tahun depan sempena Tahun Baru Cina – 19 Disember, 2023

Topics

 

Popular

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related