Polis terima laporan, siasat video tular jiran gaduh mulut isu ‘bunyi bising sembahyang’

Menerusi siasatan dijalankan, kes itu berpunca daripada perselihan faham akibat bunyi bising, sehingga menimbulkan ketidakselesaan penghuni lain

4:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kes pergaduhan mulut antara jiran di sebuah apartment di Taman Universiti, Skudai, Johor seperti dipaparkan dalam satu video yang kini tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asistant Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, menerusi siasatan dijalankan, kes itu berpunca daripada perselisihan faham akibat bunyi bising, sehingga menimbulkan ketidakselesaan penghuni lain.

“Polis Daerah Johor Bahru Utara mengesan satu video berkenaan pergaduhan mulut antara jiran di sebuah apartment di kawasan Taman Universiti, Skudai.

“Pihak polis menerima laporan polis berkaitan kejadian terbabit pada 17 Disember lalu dan hasil siasatan mendapati, insiden berlaku pada 8 Disember 2023 jam lebih kurang 12.30 tengah malam yang berpunca daripada perselisihan faham akibat bunyi bising, sehingga menimbulkan ketidaksenangan penghuni lain,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini, agar menyalurkannya kepada Pengawai Penyiasat, Inspektor Jeffri Joni di talian 011-6514 1322,” katanya.

Menerusi video berdurasi 1 minit 58 saat itu, seorang penghuni lelaki dengan memakai tuala dan berbaju kemeja-t hitam keluar dari unit kediaman sebelum mengamuk dengan jirannya di hadapan rumah, iaitu seorang wanita sehingga mereka bergaduh mulut.

Lelaki itu mendakwa wanita terbabit membuat ‘bising’ dan ia mengganggunya pada lewat malam.

Wanita itu dikatakan membunyikan loceng ketika sedang bersembahyang pada tengah malam di hadapan pintu rumah sendiri di bahagian dalam gril.

“Tutup sekarang, nak sembahyang masuk rumahlah jangan kacau-kacau orang,” itu antara kata-kata diluahkan lelaki berkenaan.

Namun, dalam nada tenang, wanita terbabit berkata, “Saya sedang sembahyang, tapi awak yang jerit-jerit.”

Lelaki itu dengan suara tinggi meminta jirannya berhenti daripada melakukan perkara berkenaan, malah mengatakan dia akan menghubung polis untuk melaporkan gangguan dibuat wanita terbabit.

Kelihatan juga seorang lelaki di situ yang dipercayai sebagai ahli keluarga wanita berkenaan seperti berkata sesuatu. – 19 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related