Morales ‘senjata’ baharu Harimau Malaya

Morales yang meledak 15 gol sepanjang kempen Liga M 2023 antara empat naturalisasi dalam senarai kali ini bersama Paulo Josue, Endrick Dos Santos dan Mohamadou Sumareh

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyerang naturalisasi baharu Kuala Lumpur (KL) City, Romel Morales berpeluang menyarung jersi Malaysia buat kali pertama apabila dipanggil ke kem latihan pusat Harimau Malaya menjelang Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan.

Pemain dari Colombia itu yang dilaporkan bakal mendapat kerakyatan negara ini dalam tempoh terdekat, akan bersaing dengan 25 pemain lain yang disenaraikan ketua jurulatih, Kim Pan Gon bagi kem latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya bermula 26 Disember ini.

Morales, 26, yang meledak 15 gol dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) 2023 antara empat pemain naturalisasi dalam senarai skuad Harimau Malaya kali ini, selain rakan sepasukannya di KL City, Paulo Josue serta dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos dan Mohamadou Sumareh.

Berdasarkan senarai kali ini, Pan Gon mengekalkan 22 daripada 25 pemain daripada skuad yang mencatat dua kemenangan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, bulan lalu.

Senarai penuh 26 pemain yang dipanggil oleh Kim Pan Gon dalam kem latihan Harimau Malaya yang akan bermula pada 26 Disember ini. – Gambar FAM, 19 Disember, 2023

Selain Morales, tiga pemain baharu tersenarai kali ini adalah dua dari JDT, Mohamed Syamer Kutty Abba dan Natxo Insa yang merupakan pemain kacukan, selain pertahanan Selangor, Ahmad Khuzaimi Piee.

“Sembilan belas pemain diletak dalam senarai bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai di atas (26 pemain). Dua pemain Shahrul Nazeem Zulpakar dan Azam Azmi Murad masing-masing tidak dapat dipanggil kerana mengalami kecederaan,” menurut FAM dalam kenyataan hari ini.

Pada Piala Asia 2023 dari 12 Januari sehingga 10 Februari depan, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E akan memulakan kempen dengan bertemu Jordan pada 15 Januari, diikuti Bahrain (20 Januari) dan pasukan pilihan serta juara dua kali, Korea Selatan pada 25 Januari.

Juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga teratas akan layak ke pusingan 16 terbaik.

Pan Gon menyasarkan untuk membawa Malaysia mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik buat kali pertama dalam penampilan keempat skuad negara pada kejohanan bola sepak berprestij Asia itu. – 19 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related