Pemasangan cerucuk besi di kawasan tanah runtuh Taman Wawasan disambung

Setakat semalam 52 cerucuk besi sudah dipasang bagi mengelakkan berlaku pergerakan tanah

12:04 PM MYT

 

PUCHONG – Kerja-kerja pemasangan cerucuk besi di Taman Wawasan, di sini disambung pagi ini selepas empat hari kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14.

Tinjauan Scoop di kawasan kejadian pagi ini mendapati kerja penyambungan cerucuk dijalankan mulai kira-kira 10.30 pagi dengan menggunakan kren.

Menurut sumber, setakat semalam sebanyak 52 cerucuk besi sudah dipasang bagi memperkukuhkan struktur tanah bagi mengelakkan berlaku pergerakan tanah di situ.

“Namun hari ini tidak diketahui berapa lagi cerucuk akan dipasang,’’ katanya.

Dalam pada itu, kawasan tersebut kelihatan agak sunyi dan ketika ini hanya petugas media yang memenuhi laluan tersebut.

Bagaimanapun atas faktor keselamatan, media tidak dibenarkan mendekati laluan yang terlibat dalam kejadian itu.

Sebelum ini, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, pemasangan 375 cerucuk besi akan dijalankan di sepanjang 150 meter laluan tanah runtuh di Taman Wawasan di sini, yang dijangka siap dalam tempoh 10 hari.

Pemasangan 375 cerucuk besi di sepanjang 150 meter laluan tanah runtuh di Taman Wawasan dijangka siap dalam tempoh 10 hari. – Gambar Majlis Perbandaran Subang Jaya, 19 Disember, 2023

Dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14 itu yang berlaku pada jam 7.30 malam Sabtu lalu, ia turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Empat kenderaan yang terlibat ialah Honda Jazz, Nissan Skyline, Honda City dan Naza Citr

Susulan kejadian itu, seramai 29 penghuni di sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan. – 19 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related