Kes pelajar tingkatan 5 maut: Pegawai polis akan dituduh kes bunuh esok

Jabatan Peguam Negara mendapati terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan

8:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pegawai kanan polis yang terlibat dalam kes kematian pelajar tingkatan 5, SMK Jati, Ipoh akan dituduh di bawah kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ipoh, esok.

Peguam Negara dalam kenyataan di sini memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas penelitian dilakukan ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemukakan dalam kertas siasatan.

“Jabatan Peguam Negara mendapati terdapat keterangan yang mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek akan dituduh secara tentatif di bawah Seskyen 302 di Mahkamah Majistret Ipoh, Perak pada Isnin (esok).

“Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan,’’ katanya.

Pada Jumaat, Muhammad Zaharif Affendi yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Jati, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di hadapan sekolahnya itu, kira-kira 12.30 tengah hari.

Kemalangan berkenaan menyebabkan Zaharif meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.

Berikutan itu, suspek, 44 tahun, yang berpangkat deputi superintendan (DSP) dan bertugas sebagai Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah ditahan reman selama tiga hari bermula semalam. – 17 Disember, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Related