Angkara cemburu, suami tergamak pukul isteri guna dumbel hingga maut

Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine

9:12 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut disyaki akibat dipukul suaminya dengan menggunakan dumbel dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak dekat Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mangsa yang juga tenaga pengajar di Sarawak dipercayai dipukul suaminya berusia 38 tahun akibat cemburu.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan daripada suspek pada jam 5.33 pagi kelmarin yang memaklumkan isterinya mengalami sawan dan dibawa ke Hospital Shah Alam kerana tidak sedarkan diri.

Katanya, pemeriksaan awal oleh doktor ke atas mangsa mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuh.

“Siasatan lanjut pihak polis mendapati mangsa dipukul oleh suspek akibat cemburu di rumah mereka sebelum dibawa ke hospital.

“Bertindak atas maklumat, tangkapan dibuat ke atas suspek di Hospital Shah Alam pada jam 12.49 tengah hari semalam,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Iqbal berkata, senjata yang dipercayai digunakan suspek untuk memukul isterinya iaitu sebuah dumbel turut dirampas.

Katanya, pasangan itu baru saja berkahwin pada April lalu dan belum dikurniakan anak.

“Mangsa dipercayai pulang bercuti untuk menghadiri perkahwinan adik iparnya,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Iqbal berkata, siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sendiri mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan pukul dan dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

“Suspek akan direman pada jam 10 pagi di Mahkamah Shah Alam, hari ini,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabitkan bersalah.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Afandi Ahmad di talian 016-7252948,” katanya. – 16 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related