Tiada keperluan pinda Perlembagaan, PM tetap Melayu: Anwar

Anwar berkata isu mengenai Perdana Menteri bukan Melayu bukan satu isu dan ia tidak pernah menjadi isu

3:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini tiada keperluan, tiada permohonan serius dan tiada perbincangan sejak Merdeka sehingga sekarang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan mengenai calon Perdana Menteri.

Menurut Anwar, calon Perdana Menteri tetap Melayu dan selepas ini calon dari Kerajaan adalah Melayu begitu juga calon dari pembangkang.

“Jadi maju terus. Hak rakyat buat semua warga negara kita pelihara.

“Jaga kepentingan semua rakyat, semua wilayah,’’ kata beliau.

Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebelum ini mencadangkan Perdana Menteri untuk meminda Perlembagaan Persekutuan agar hanya seorang Melayu beragama Islam boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, ini adalah waktu terbaik (untuk melakukannya) dengan majoriti dua pertiga yang ada, seperti yang digembar-gemburkan.

Rabu lalu, polis telah mengambil kenyataan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang susulan kenyataannya di Manchester ketika berucap di hadapan pelajar Malaysia, bahawa Perlembagaan Malaysia pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 ketika Malaysia dibentuk, tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilaporkan berkata, beliau berharap Malaysia tidak perlu menunggu lama seperti Amerika Syarikat (AS) untuk mempunyai pemimpin daripada kalangan minoriti.

Mengulas lanjut, Anwar berkata isu mengenai Perdana Menteri bukan Melayu bukan satu isu dan ia tidak pernah menjadi isu.

“Jangan kita rumitkan keadaan,’’ katanya.

Anwar turut mengulas mengenai isu persempadanan semula yang diuar-uarkan oleh pembangkang.
“Perkara ini tidak pernah berbangkit sebaliknya pembangkang cuba melaga-lagakan nak bagi orang Melayu marah, orang Cina marah. Tak bangkit.

‘Dia tak faham perlembagaan,. Perlembagaan membolehkan kita mengkaji semula hanya pada akhir 2026,’’ katanya yang menyoal kenapa pembangkang sibuk dalam perkara tersebut.

Sedangkan, kata Anwar, pembangkang sepatutnya membantu bagaimana cara untuk mengangkat ekonomi selain mengurangkan bebanan rakyat.

‘Jangan duk ajak gaduh je, tak letih ke,’’ soal Perdana Menteri. – 15 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related