SFMM38: Ernie Zakri nafi tarik diri nyanyi lagu Astana, ‘saya penyanyi asal, komposer lagu ini’

Isu terma, syarat dalam borang pencalonan Muzik Muzik antara punca menghalang Ernie membawakan lagu itu

1:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketiadaan nama Ernie Zakri selaku penyanyi asal lagu Astana pada pengumuman 30 lagu yang layak ke separuh akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) sememangnya menimbulkan persoalan ramai khususnya dalam kalangan peminatnya.

Malah, Ernie juga didakwa menarik diri daripada menyanyikan lagu Astana yang juga ciptaannya bersama Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman, walhal lagu itu dicalonkan selepas penyanyi bersuara emas itu menyertai syarikat rakaman Universal Music Malaysia pada Julai lalu.

Sementara itu, pihak produksi SFMM38 pula memberikan reaksi berbeza saat diajukan pertanyaan mengenai punca ketiadaan Ernie dan mengapa tempatnya digantikan dengan Nadeera untuk membawa lagu tersebut.

Menurut Penerbit Eksekutif SFMM38, Suffian Isa, tempat Ernie terpaksa digantikan dengan penyanyi lain kerana wujudnya masalah di antara label yang menghalangnya masuk bertanding untuk lagu nyanyian dan ciptaannya itu.

Suffian berkata demikian pada sidang media Pengumuman Senarai Penuh 30 Lagu Ke SFMM38 di Jio Space di Petaling Jaya pada Ahad lalu.

Mengapakah terdapat dua kenyataan berbeza mengenai isu Ernie Zakri dan lagu Astana ini? Apa pula jawapan Ernie?

Pihak produksi SFMM38 pula memberikan reaksi berbeza mengenai punca ketiadaan Ernie dan mengapa tempatnya digantikan dengan Nadeera. – Gambar Instagram Ernie Zakri, 14 Disember, 2023

Penyanyi dan komposer bertubuh genit ini ternyata menafikan dakwaan dia sengaja tidak mahu menyanyikan lagu Astana.

“Saya adalah penyanyi asal dan komposer lagu ini. Sudah tentu saya nak menyanyikan lagu ini. Malah, tidak pernah cakap saya tak nak nyanyi atau tarik diri.

“Namun, disebabkan terdapat beberapa terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA), ia menjadi penghalang untuk saya mempersembahkan lagu ini pada separuh akhir Muzik Muzik 38,” katanya.

Pihak Universal Music Malaysia pula berkata, Ernie selaku artis yang kini di bawah naungan syarikat rakaman tersebut, cakna mengenai kenyataan RIM dan MPA berhubung terma dan syarat pencalonan lagu dalam Muzik-Muzik yang masih dalam rundingan.

“Ernie Zakri menyatakan bahawa dia sentiasa mematuhi prosedur label antarabangsa Universal Music Malaysia serta menghormati pendirian kedua-dua persatuan iaitu RIM dan MPA yang mewakili syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa serta pemegang hak rakaman bunyi atau video dan karya di Malaysia,” kata jurucakap yang mewakili syarikat rakaman tersebut.

Namun, Universal Music Malaysia juga menjelaskan Ernie tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pencalonan dan penyertaan lagu Astana sepertimana yang dilaporkan dalam beberapa media. – 14 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Adakah Petronas akan kurangkan pekerja untuk atasi kerugian daripada perjanjian dengan Petros?

Sumber mendakwa syarikat minyak dan gas negara dijangka mengalami kerugian hasil sebanyak 30% sebaik formula yang dipersetujui untuk pengagihan gas asli di Sarawak dilaksanakan

Related