2 komander kanan Israel maut dalam serangan hendap ke atas kubu Hamas

Greenberg terbunuh ketika cuba menyelamatkan empat askarnya yang cedera

9:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua komander kanan Israel dan tujuh tentera lain terbunuh dalam serangan hendap di kompleks pinggir bandar Shejaiya, Gaza, kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit dengan pejuang Hamas sejak beberapa hari lalu.

Lt Kol Tomer Greenberg, seorang komander dalam Briged Golani, terbunuh ketika cuba menyelamatkan empat tentera yang cedera.

Greenberg menjadi ‘popular’ di Israel selepas serangan 7 Oktober, apabila menceritakan pengalamannya menyelamatkan dua bayi kembar yang kononnya ibu bapa mereka dibunuh pejuang Hamas di Kfar Aza dalam satu temu bual.

Turut maut seorang lagi kolonel, tiga mejar dan beberapa anggota pasukan penyelamat tempur.

Menurut notis dalam bahasa Ibrani yang disiarkan oleh Briged Golani, berlaku letupan besar di salah sebuah bangunan berhampiran pasar Shejaiya, menyebabkan beberapa tentera dari batalian ke-13 cedera.

“Ketika tentera sedang menghampiri sebuah bangunan apabila mereka diserang dari tingkat atas, letupan bom mencederakan empat anggotanya yang terputus hubungan dengan pasukan.

“Ketika tentera pergi membantu kumpulan pertama berlaku letupan kedua. Kumpulan ketiga cuba mendekati untuk memindahkan mangsa yang cedera dan turut terkena letupan,” katanya dalam notis itu.

Serangan hendap itu berlaku walaupun Pasukan Pertahan Israel (IDF) mendakwa mereka hampir berjaya menawan kubu kuat Hamas di utara Gaza.

Serangan hendap itu dilakukan ketika media melaporkan bahawa Israel mula mengepam air laut ke dalam beberapa sistem terowong Hamas.

Ditanya mengenai dakwaan yang dilaporkan dalam Wall Street Journal, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, enggan mengulas sebaliknya hanya merujuk kepada dakwaan bahawa tiada tebusan di kawasan yang menjadi sasaran.

Semalam, Israel dan AS mempunyai perselisihan umum paling ketara mengenai kelakuan dan masa depan perang apabila kedua-dua sekutu itu semakin terasing oleh gesaan global untuk melakukan gencatan senjata.

Pertikaian itu muncul ketika tentera Israel melakukan serangan di seluruh Gaza, memusnahkan kediaman penduduk Palestin.

Biden berkata, beliau telah memberitahu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bahawa Israel kehilangan sokongan antarabangsa kerana “pengeboman tidak berperikemanusiaan” dan Netanyahu harus menukar kerajaannya yang dikuasai oleh parti kanan. – Agensi

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related