Kren binaan projek parkir bertingkat tumbang: Operasi komuter, ETS, kargo terjejas

KTMB anggarkan kerja-kerja pemulihan siap dalam tempoh 24 jam

12:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kren binaan yang mendap dan tumbang di Kilometer 355.749, laluan landasan antara Rawang dan Kuang berhampiran kawasan pembinaan projek parkir bertingkat Perbadanan Aset Keretapi (RAC), menyebabkan operasi perkhidmatan KTMB terjejas sejak semalam.

Kren tersebut turut menimpa alat talian atas (overhead line) elektrik kepada dua jajaran kereta api menyebabkan talian itu terputus.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, kejadian berlaku pada pukul 5.53 petang dan Pusat Kawalan Tren KTMB telah melaporkan sebuah kren binaan yang digunakan untuk pembangunan projek parkir bertingkat RAC di Stesen Rawang telah mendap di kawasan binaan dan menjadi condong ke arah landasan.

“Situasi itu menyebabkan bahagian atas kren beralih menyebabkan bahagian struktur bahagian kren bersama-sama kabel komponen kren tersebut patah dan jatuh ke atas overhead line dan landasan kereta api, menyebabkannya terputus.

“Bagi KTMB, bilik gerakan bencana telah aktifkan di KL Sentral pada petang semalam juga,” katanya dalam sidang akhbar khas di Stesen Rawang hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil tindakan awal dan pantas iaitu melalui Jabatan Elektrifikasi yang membuat isolasi terhadap bekalan elektrik di laluan yang terjejas.

Katanya, ini kerana apabila berlaku kabel putus semalam, banyak litar pintas dan kabel bekalan elektrik daripada Stesen Rawang sehingga Kepong Sentral telah terputus.

“Jadi pihak Jabatan Elektrifikasi telah memendekkan isolasi tersebut kepada Kuang ke Rawang sahaja dan yang terjejas sekarang ini atau bekalan elektrik yang tidak ada adalah dari Stesen Kuang ke Stesen Rawang.

“Ini juga untuk memastikan kawasan tersebut adalah selamat untuk kerja baik pulih dan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Jadi kawasan ini adalah selamat untuk kerja-kerja pembaikan,” katanya.

Perkhidmatan tren yang telah terjejas semalam dan hari ini adalah seperti berikut:
i. KTM Komuter
KTM Komuter laluan KL Sentral – Tg Malim telah ditamatkan di Stesen Sungai Buloh manakala laluan Tg Malim – KL Sentral ditamatkan di stesen Serendah. Bas-bas perantaraan telah disediakan di antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Serendah.

ii. ETS
Bagi perkhidmatan ETS laluan Padang Besar – Gemas, tren telah ditamatkan di Stesen Tanjung Malim. Para penumpang dibawa menaiki bas perantara yang disediakan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Sungai Buloh bagi meneruskan perjalanan ke KL Sentral dan Gemas dengan menaiki tren.

Sementara itu, bagi laluan Gemas – KL Sentral – Butterworth dan Gemas – KL Sentral – Padang Besar, penumpang diaturkan menaiki tren ETS dari KL Sentral ke Stesen Sungai Buloh dan seterusnya dibawa menaiki bas ke Stesen Tanjung Malim untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, dengan menaiki tren ETS di laluan yang tidak terjejas.

Mohd. Rani berkata, seramai 10,000 penumpang dianggarkan terjejas semalam iaitu 7,000 melibatkan penumpang komuter manakala selebihnya pengguna ETS.

“Hari ini kita jangka 20,000 penumpang komuter dan 10,000 penumpang ETS terjejas dan akan berlarutan sehingga operasi tren kembali pulih. Perkhidmatan kargo juga terjejas, diberhentikan buat sementara waktu dan sudah dimaklumkan kepada semua pelanggan kargo.

“Kita masih menilai kerosakan aset. Kerja-kerja pemulihan sedah giat dijalankan dan dijangka siap 24 jam daripada sekarang. Itu sasaran kita.

“Ini melibatkan pemasngan kabel yang putus dan penggantian komponen yang rosak dan proses pengujian bekalan elektrik. Jika mereka (penumpang) ingin untuk tak teruskan perjalanan, pemulangan tambang akan diberikan melalui e-wallet,” katanya. – 13 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related