KUALA LUMPUR – Pelantikan Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying, 60, sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang baharu mendapat reaksi kurang senang dalam kalangan netizen di platform X.
Rata-rata mempertikaikan kredibilitinya untuk menerajui Kementerian Kewangan (MoF) selepas melihat prestasi ‘suam-suam’ kuku adik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng itu semasa menggalas jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan sebelum ini.
“Pelantikan Lim Hui Ying ke MoF sangat mengecewakan. Dia Ahli Parlimen penggal pertama. Apakah yang dilakukannya begitu hebat yang menarik perhatian PMX (julukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memindahkannya dari MOE (Kementerian Pendidikan) ke MoF? Adakah untuk menutup Guan Eng daripada cuba menjatuhkan kerajaan Chow Kon Yeow (Ketua Menteri) di Pulau Pinang? Tiada siapa yang tahu,” kata @thedopestRAJ.
“Memang tak berkenanlah Lim Hui Ying tu jadi Timbalan Menteri Kewangan. Maksud saya tengoklah dia dekat KPM. Macam tak ada signifikan sangat. Kat Parlimen pun boleh tak bersedia jawab soalan,” kata @nuuraimuni.
“Apa Lim Hui Ying ni buat sampai dapat pegang portfolio Timbalan Menteri Kewangan? Sebab dia adik Guan Eng je ke? Eloklah PKR. DAP masing-masing berebut bagi jawatan macam kami berhutang dengan anda jawatan itu,” kata @FakhurrRazi.
“Apa fungsi Lim Hui Ying ni? Jadi Timbalan Menteri Pendidikan pun entah macam ‘pasu bunga’ je,” kata @raraleong.
Dalam pada itu, terdapat netizen yang menyifatkan pelantikan tersebut seolah-olah membuka ruang kepada pembangkang untuk menyerang MoF dengan memainkan sentimen agama dan kaum.
“Kenapa pergi letak Lim Hui Ying jadi Timbalan Menteri Kewangan? Memang bagi bola tanggung dekat PAS nak serang MoF dan main sentimen Melayu-Islam. Gila tak belajar dari kesilapan PH1.0,” kata @Fakhrurrazi Rashid.
“Hmmm tidak dicerminkan oleh tekanan politik? Tapi lantik Lim Hui Ying dari keluarga Lim sebagai Timbalan Menteri yang sebelum ini samar-samar pencapaiannya dalam KPM, siap ada kontroversi lagi,” kata @hanifzin.
Untuk rekod, Guan Eng yang juga abang kepada abang Hui Ying pernah menerajui Kementerian Kewangan di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018. – 12 Disember, 2023