‘Kita berdua tak perlu ada dalam isu ini pun’ – Datin Alyah tak salahkan Siti Nordiana apabila nyanyian mereka dibandingkan

Nyanyian Siti Nordiana ketika menyampaikan lagu Kisah Hati dikatakan lebih baik berbanding penyanyi asal

4:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Datin Alyah tidak menyalahkan Siti Nordiana selepas nyanyian mereka dibandingkan oleh salah seorang juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV) sewaktu konsert akhir yang berlangsung Ahad lepas.
 
Siti Nordiana atau lebih dikenali dengan panggilan Nana menyampaikan lagu Kisah Hati nyanyian asal Alyah pada pentas akhir ASGV pada malam Ahad lalu.

Komen Hetty Koes Endang dikatakan mengundang rasa kurang senang netizen. – Gambar Instagram Hetty Koes Endang, 12 Disember, 2023

Namun menurut Hetty Koes Endang, nyanyian Nana lebih baik jika dibandingkan dengan penyanyi asal itu.
 
Ramai netizen geram dengan kenyataan juri yang berasal dari Indonesia itu kerana tidak menghormati Alyah yang turut duduk di belakangnya sewaktu konsert itu berlangsung.
 
Malah gara-gara komen tersebut, ramai netizen yang bertelagah di media sosial dan mula membandingkan nyanyian siapa yang lebih bagus.
 
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nana di Instagram, penyanyi itu berkongsi fotonya bersama Alyah selepas tamat konsert akhir tersebut.

 “Nana berbesar hati dapat nyanyi lagu Kisah Hati dan tuan punya badan datang sokong Nana. Maaf kalau ada kekurangan di mana-mana dalam nyanyianku. Terima kasih kerana datang dan beri semangat,” tulisnya di bahagian kapsyen.
 
Alyah kemudiannya dilihat membalas kenyataan Nana dengan meninggalkan komen di hantaran tersebut.
 
Menurut Alyah, dia tidak pernah menyalahkan Nana dan mereka berdua tidak sepatutnya terpalit dengan isu itu.

“Awak telah buat sehabis daya awak. Nana tetap Nana dan semua orang sayang Nana. Semoga terus maju jaya, yang penting kita sama-sama kena jaga kesihatan untuk mencari rezeki di masa akan datang.
 
“Harus ingat satu ini ya, kita (saya) tak pernah salahkan awak langsung dan kita berdua tak perlu ada dalam isu ini pun. Cikjah (Alyah) sayang mader (Nana),” tulisnya.
 
Pada konsert akhir ASGV, Nana muncul sebagai peserta yang mendapat tempat kelapan dengan markah keseluruhan sebanyak 61.14 peratus. – 12 Disember, 2023
 

Topics

 

Popular

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related