Final ASGV: Axiata Arena dimeriahkan peminat Singapura, adakah ia bermakna Hady Mirza bakal juara?

Lapan finalis akan berentap malam ini dengan setiap mereka diberikan tiga tugasan, iaitu lagu solo, duet dan ‘battle’ berkumpulan

8:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bahang konsert akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) di Axiata Arena Bukit Jalil yang akan bermula jam 9 malam ini, cukup terasa apabila lokasi itu dipenuhi peminat, terutama dari Singapura.

Mereka hadir bukan sahaja bagi memeriahkan acara, malah memberikan sokongan kepada peserta pilihan.

Sewaktu pengurus pentas bertanya siapa bakal juara dengan menyebut setiap peserta, nama Hady Mirza menerima sorakan paling gemuruh daripada penonton.

Malah, ketika ditanya adakah terdapat peminat yang hadir dari Singapura, sorakan paling gemuruh bergema dalam Axiara Arena.

Adakah ini petanda Hady Mirza bakal membawa pulang gelaran juara malam ini?

Jika dilihat dari prestasi Hady sepanjang 11 minggu, dia sentiasa memberikan persembahan konsisten, selain pernah beberapa kali menjadi juara mingguan.

Pada malam ini juga, Hady akan berduet dengan Dayang Nurfaizah menerusi lagu Seandainya Masih Ada Cinta.

Selain Hady, tujuh finalis yang berentap bagi merebut gelaran juara adalah Naqiu, Tomok, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Liza Hanim Nikki Palikat dan Azharina.

Kesemua finalis diberikan tiga tugasan, iaitu lagu solo, duet dan ‘battle’ berkumpulan. – 10 Disember, 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related