Fahmi Fadzil pesan Kaka Azraff bersabar, sedia bantu selesaikan kes dengan Warner Music Malaysia

Fahmi Fadzil juga memahami bahawa situasi itu kini melibatkan peguam, jadi beliau menyerahkan kepada pihak peguam untuk menguruskannya terlebih dahulu

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menitipkan pesanan kepada Kaka Azraff agar beliau bersabar dan istiqamah selepas kontraknya ditamatkan oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Fahmi berkata, beliau maklum mengenai isu berkenaan dan telah berhubung dengan kedua-dua pihak menerusi rakan-rakan Kaka dan juga Warner Music Malaysia bagi mendapatkan maklumat.

“Setakat ini, artis (Kaka Azraff) masih belum berhubung secara langsung dengan pejabat saya. Tetapi saya cuba dapatkan sedikit maklumat.

“Saya difahamkan, kes ini tentang mesej yang dihantar secara peribadi kepada seorang individu. Jadi itu adalah bersifat individu.

“Tetapi disebabkan isu ini telah melibatkan pihak guaman, jadi saya serahkan kepada pihak peguam terlebih dahulu untuk uruskan.

“Sekiranya ada apa-apa yang saya boleh bantu, Insya-Allah, saya akan bantu,” katanya kepada Scoop ketika ditemui di program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani yang berlangsung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Rabu lalu, Warner Music Malaysia mengesahkan bahawa Kaka Azraff bukan lagi artis di bawah naungan mereka selepas penyanyi itu bertindak menghantar mesej yang kasar dan sensitif kepada pempengaruh pro-Israel kelahiran Australia.

Ditanya adakah kerajaan selepas ini akan meneliti dan memperhalusi polisi label antarabangsa yang bertapak di negara agar perkara yang menimpa Kaka tidak berlaku lagi kepada artis Malaysia, kata Fahmi, perkara ini agak rumit.

“Perkara ini agak rumit kerana artis-artis boleh memilih untuk bernaung di bawah syarikat rakaman yang mana. Ada yang pilih syarikat tempatan, ‘independent’ dan sebagainya. Kita tidak memaksa mereka untuk memilih mana-mana syarikat rakaman.

“Tetapi dalam masa yang sama saya ambil maklum tentang perkara ini dan kita akan teliti. Kita harapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

“Kepada Kaka, saya harap dia bersabar dan istiqamah. Kalau niat kita adalah untuk mempertahankan rakyat Palestin, ini adalah sebahagian daripada cabaran dalam kita mengambil pendirian mempertahankan rakyat Palestin,” jelasnya. – 9 Disember, 2023

Topics

Popular

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Related