Sistem, pangkalan maklumat, laman sesawang digodam: Perkhidmatan Perkeso tidak terjejas

Kejayaan unit ICT Perkeso dapatkan semula kawalan sistem akhirnya menyebabkan penggodam menukar taktik

5:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi jaminan usaha terancang didalangi penggodam yang ‘menyerang’ pangkalan maklumat serta laman sesawang agensi itu tidak akan merencatkan segala perkhidmatan kepada pencarum, majikan dan orang ramai.

Dalam satu kenyataan, Perkeso mengesahkan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawangnya diserang penggodam, sejak Sabtu lalu.

Menurut agensi itu, pelan pengurusan krisis diaktifkan pada hari sama, dengan unit teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) digerakkan bagi tujuan pemulihan sistem.

Jelasnya, peringkat awal modus operandi serangan siber itu dikenal pasti bertujuan untuk melumpuhkan segenap infra Perkeso yang digunakan bagi pengoperasian seharian.

“Bagaimanapun kejayaan unit ICT Perkeso mendapatkan semula kawalan sistem akhirnya menyebabkan penggodam menukar taktik dengan cuba melancarkan serangan ‘character assasination’ (pembunuhan watak) terhadap imej Perkeso.

“Kita memberi jaminan, usaha terancang didalangi penggodam ini tidak akan merencatkan khidmat kita kepada pencarum, majikan dan orang ramai.

“Justeru, segala pembayaran faedah, pampasan dan pencen ilat kepada pencarum serta waris terbabit akan tetap dilaksanakan mengikut tempoh diperuntukkan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas kebocoran maklumat yang dipaparkan di ‘dark web’ atau laman sesawang gelap, hasil penelitian awal Perkeso mendapati, kesahihan data yang dicuri oleh penggodam itu amat diragui, tidak lengkap dan luput.

Katanya, hal itu kerana satu kluster data yang dicuri berkenaan tidak pernah dicerap oleh Perkeso, sejak agensi ini ditubuhkan pada Oktober 1971.

“Serangan siber terhadap Perkeso ini bukan kali pertama, sebaliknya siri pencerobohan sudah berlaku, dengan kali terakhir pada September lalu dan berjaya dibendung.

“Tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini adalah serangan yang menyasarkan kepentingan negara, justeru segala hasil forensik akan dikongsikan kepada pihak berkuasa demi mengelak episod sama berulang terhadap agensi lain,” katanya. – 8 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

The ‘powerful’ fallacy of MCMC – Wong Chun Wai

New regulations are needed to police rampant crimes committed on social media platforms used by millions of Malaysians

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related