Hilman yakin, sedia berdepan petisyen cabar kemenangan DUN Gombak Setia, minggu depan

Pendengaran kes Petisyen Pilihan Raya bagi DUN Gombak Setia akan bermula pada 11 hingga 15 Disember ini

2:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham yakin dan bersedia untuk berdepan dengan mana-mana pihak yang mencabar kemenangannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Ogos lalu.

Kenyataan beliau itu berkait dengan pendengaran kes Petisyen Pilihan Raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia yang dikemukakan dan bakal bermula pada 11 hingga 15 Disember ini.

Pendengaran kes kemudiannya bersambung pada 18 hingga 22 Disember di Mahkamah Tinggi Ipoh di hadapan Hakim, Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Katanya, selaku responden, pasukan peguam bela akan diterajui oleh peguam berpengalaman yang juga bekas Pesuruhjaya Kehakiman, Awg Armadajaya Awg Mahmud

“Barisan peguam pula terdiri daripada Hasshahari Johari Mawi, Mohd Radzlan Jalaludin, Mohd Tajuddin Abd Razak, Muhamad Hafizan Shafuan Kamarulzaman, Shahir Ab Razak dan Wan Rohimi Wan Daud.

“Saya yakin dan bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang dikemukakan melalui petisyen ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada PRN Selangor, Ogos lalu, kerusi DUN Gombak Setia dimenangi Muhammad Hilman dengan majoriti tipis sebanyak 58 undi.

Beliau memperoleh 30,299 undi menewaskan dua pencabar iaitu Datuk Megat Zulkarnain Omardin daripada Barisan Nasional (BN) dengan 30,241 undi manakala calon bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali dengan 1,076 undi.

Megat Zulkarnain sebelum ini memaklumkan mempertimbang untuk mengemukakan petisyen bagi membantah keputusan tersebut. – 7 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related