Program setahun bersama kerajaan Madani akan diperluas ke seluruh negara: Fahmi

Ia kerana program itu adalah platform terbaik bagi rakyat untuk menyaksikan dan memahami segala pelaksanaan dasar, inisiatif serta pencapaian Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh setahun pentadbiran

12:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memperluaskan penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan Madani ke setiap daerah di seluruh negara.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata ia kerana program itu merupakan platform terbaik bagi rakyat untuk menyaksikan dan memahami segala pelaksanaan dasar, inisiatif serta pencapaian Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh setahun pentadbiran.

Beliau berkata Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang bermula esok hingga Ahad ini di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil mungkin hanya berkesempatan dihadiri warga Lembah Klang dan masyarakat di kawasan berhampiran sahaja.

“Mungkin luar Kuala Lumpur agak jauh, jadi saya dah minta Jabatan Penerangan untuk adakan satu program seumpamanya dalam skala yang lebih kecil di setiap daerah di seluruh negara,” katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Hari Ini yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 hari ini.

Mengulas lanjut mengenai Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang julung kali diadakan, Fahmi berkata ia akan melibatkan penyertaan semua kementerian di dalam Kerajaan Perpaduan, agensi selain syarikat berkaitan kerajaan. 

“Di reruai KKD ada keistimewaan sendiri dan kita akan fokus pada aspek ekonomi digital yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini, selain itu juga akan kita sentuh soal literasi digital antaranya pemahaman awam tentang keselamatan data, mengelakkan penipuan scammer dan transaksi selamat.

Selain itu, katanya program itu juga akan melibatkan program seperti jualan Mega Madani, jualan Rahmah, cabutan bertuah, kaunter diskaun saman (polis) serta karnival kerjaya,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilapor berkata program itu bukanlah keramaian semata-mata, tetapi untuk melaporkan kepada rakyat apa yang sudah dilakukan selain mendapat manfaat daripada perkhidmatan setiap kementerian. 

Penganjuran program yang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan Madani, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat, serta disasar mampu menarik kehadiran sehingga 200,000 pengunjung. – 7 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related