Sah! Warner Music lepaskan Kaka

Keputusan itu dimaklumkan menerusi mesej ringkas di aplikasi WhatsApp kepada media

6:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Setelah lama berdiam diri, akhirnya Warner Music memaklumkan terpaksa melepaskan Kaka Azraff sebagai artis naungan mereka.

Syarikat rakaman itu memaklumkan keputusan tersebut melalui pesanan WhatsApp yang dihantar kepada pihak media sebentar tadi.

Menerusi mesej ringkas itu, Warner Music mengatakan tindakan tersebut dilakukan kerana Kaka meninggalkan komen mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic, beberapa minggu lalu.

“Kaka Azraff merupakan seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan di atas talian.

“Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artis di bawah naungan kami, sesiapa yang bertindak dengan cara sedemikian, tanpa mengira kumpulan, bangsa, atau agama, kami akan turut membuat keputusan sama,” kata jurucakap Warner Music.

Terdahulu timbul desas-desus kononnya Warner Music Malaysia akan membatalkan kontrak rakaman Kaka selepas mendapat arahan daripada syarikat induk, Warner Music yang berpangkalan di New York.

Arahan itu dikeluarkan selepas netizen pro-Israel menyerang Kaka gara-garanya komennya terhadap Nathaniel.

Susulan itu, satu laman sosial di bawah nama Jew Hate Database turut menyenaraikan nama Kaka sebagai antisemitik.

Malah, mereka turut memberi tekanan kepada Warner Music dan Warner Music Malaysia untuk mengugurkan nama Kaka sebagai artis naungan mereka. – 6 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related