Dokumen perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia masih belum boleh dinyahrahsia

Disebabkan proses ratifikasi yang berbeza, dokumen terbabit masih belum boleh dikongsi kepada umum

10:07 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kerajaan masih belum boleh menyahrahsia perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang ditandatangani baru-baru ini disebabkan proses ratifikasi yang berbeza oleh kedua-dua negara.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, disebabkan proses ratifikasi yang berbeza itu, dokumen terbabit masih belum boleh dikongsi kepada umum.

Bagi Malaysia, proses ratifikasi berkenaan adalah proses eksekutif iaitu melalui Jemaah Menteri.

“Malaysia harus menghormati amalan antarabangsa dan proses perundangan sesebuah negara kerana ia merupakan prinsip asas yang penting dalam memelihara hubungan diplomatik.

“Berdasarkan amalan antarabangsa, hanya setelah kedua-dua negara menyempurnakan proses ratifikasi berdasarkan undang-undang domestik masing-masing, barulah dokumen-dokumen tersebut dikongsikan kepada umum,’’ katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Senator Datuk Bobbey Suan bagi mesyuarat ketiga 2023 di Dewan Negara.

Bobbey ingin mengahui kekangan yang dihadapi oleh kerajaan untuk menyahrahsia perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang ditandatangi pada 8 Jun lalu.

Mohamad berkata, isu persempadanan maritim adalah isu yang sensitif pada mana-mana negara kerana ia berkaitan dengan kedaulatan.

“Kita juga perlu menghormati dan memelihara hubungan diplomatik yang baik bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kemakmuran ekonomi dengan mana-mana jiran dan di peringkat antarabangsa secara amnya,’’ katanya. – 5 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related