Kemaman kini kubur Umno, siapa yang jadi penggali kubur itu, soal Annuar Musa pada Zahid

Annuar kini menanti alasan daripada pucuk pimpinan Umno mengenai kekalahan mereka

10:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Kemaman yang pernah menjadi kubu kuat Umno, kini adalah ‘kubur’ kepada parti berkenaan selepas PAS menang dengan majoriti besar iaitu 37,220 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Justeru Annuar kini menanti alasan daripada pucuk pimpinan Umno terutama Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai kekalahan terbabit.

“Apa lagi agaknya alasan dan denial pimpinan Umno/BN khususnya Presiden Umno? Kita tunggu komentar mereka serta pakar pendendang pendendang mereka yang pastinya akan mencipta 1,000 alasan,’’ katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 (2018) PAS hanya memperoleh 2,163 undi tetapi meningkat kepada 27,179 undi pada PRU-15 dan kali ini, majoriti undi naik kepada 37,220.

Pada PRK Parlimen Kemaman semalam, calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan majoriti 37,220.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu memperoleh 64,998 undi, sementara Raja Mohamed (27,778 undi).

Mengulas lanjut, Annuar berkata, sebelum PRK Kemaman, Zahid telah mengisytiharkan Kemaman bukan kubu kuat PAS, sebaliknya ia adalah kubu Umno.

Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Kemaman yang pernah menjadi kubu kuat Umno, kini adalah ‘kubur’ kepada parti tersebut – Gambar Facebook Ahmad Samsuri Mokhtar, 3 Disember, 2023

“Sebagai seorang Presiden yang merupakan Chief kepada semua askarnya tentulah beliau tahu apa yang diperkatakan dan banyak fakta yang mungkin meyakinkan beliau.

“Kini Kemaman, dari sebuah kubu, mungkin sudah menjadi kubur? Dan siapa agaknya penggali kubur itu,’’ soalnya.

Tambah Annuar, Umno Kemaman mempunyai pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu serta mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang juga Ketua Strategik Komunikasi.

Kedua-duanya, ujar beliau, adalah ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno serta dilantik mengetuai agensi terbesar iaitu pengerusi Felda serta Ketengah.

Berbeza dengan PAS (Perikatan Nasional), katanya, parti itu terus istiqamah bersama rakyat dan bekerja dengan penuh kesabaran tanpa menggunakan jentera kerajaan meskipun Ahmad Samsuri adalah Menteri Besar.

“Naratif perjuangan rakyat terus dibawa tanpa takut atau rasa gentar dan rakyat pula terus memberikan dokongan dan sambutan hangat, baik ahli parti maupun rakyat biasa hatta termasuk dari ahli Umno sendiri.

“Penyokong Umno berhijrah beramai- ramai menyokong PAS serta PN dan ia adalah satu isyarat gelombang rakyat politik negara terus membesar,’’ katanya. – 3 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related