KUALA LUMPUR – Calon Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu jauh meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dalam kiraan undi setakat pukul 8.30 malam ini.
Ketika ini, Ahmad Samsuri selesa mendahului dengan 60,362 undi manakala Raja Mohamed Affandi pula memperoleh 26,438 undi.
Ia sekali gus menyaksikan Menteri Besar Terengganu itu mara jauh ke depan dengan majoriti 33,924 undi. – 2 Disember, 2023