Peguam Najib, Shafee gagal dapat tempat dalam Majlis Peguam

Mereka yang menduduki 16 tempat teratas akan menyertai 26 ahli lain yang mewakili setiap negeri di Semenanjung untuk memilih Presiden menggantikan Karen Cheah, Setiausaha dan Bendahari baharu Badan Peguam selepas mesyuarat tahunan pada Mac

12:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah gagal mendapat tempat dalam Majlis Peguam melalui pemilihan yang berlangsung, semalam.

Biarpun terkenal dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk mewakili bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau hanya memperoleh 1,251 undian dan menduduki tempat ke-22, sekali gus tidak terpilih berada dalam kelompok 16 tempat teratas yang dikuasai sekumpulan peguam muda.

Menurut kenyataan Majlis Peguam, Fahri Azzat yang mewakili kumpulan hak wanita Sisters in Islam mendapat undian tertinggi dengan 2,449 undian diikuti Setiausaha Badan Peguam, Anand Raj dengan 2.413 undi manakala peguam hak asasi manusia, New Sin Yew 2,301 undi.

Sebanyak 26 calon bersaing merebut 16 tempat bagi penggal majlis 2024-2025.

Calon-calon lain yang mendapat tempat termasuk Gregory Das iaitu anak bekas Presiden Badan Peguam, Cyrus Das, yang mendapat tempat ke-10, dan Azmi Ali, rakan kongsi kanan di salah sebuah firma guaman terbesar di negara ini, di tempat keenam.

Dalam kalangan 16 tempat teratas juga terdiri daripada empat wanita, termasuk bekas Pengerusi Majlis Peguam Selangor, V. Kokila Vaani dan Bendahari Badan Peguam, Murshidah Mustafa.

Mereka yang menduduki 16 tempat teratas akan menyertai 26 ahli lain yang mewakili setiap negeri di Semenanjung untuk memilih Presiden menggantikan Karen Cheah, Setiausaha dan Bendahari baharu Badan Peguam selepas mesyuarat tahunan pada Mac.

Tempat-tempat teratas dalam pemilihan Majlis Peguam turut dimenangi Larissa Ann Louis; Peter-Douglas Ling; Sarah Yong Li Hsien; Tunku Farik Tunku Ismail; Kee Hui Yee; Collin Arvind Andrew; Yasmeen Shariff; Farez Jinnah dan Abhi Subramaniam. – 2 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related