Kaka Azraff ‘diserang’ penyokong Israel, disenarai Jew Hate Database

Hantaran mengenai Kaka dimuatnaik dua hari lalu itu, menerima sokongan hampir 30,000 penyokong sejati Israel, selain pelbagai komen

9:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Kaka Azraff diserang sekelompok penyokong Israel yang tidak berpuas hati dengan sikap lantangnya dalam menyuarakan sokongan tanpa berbelah-bahagi terhadap Palestin.

Bukan hanya memperlekehkan kerjaya seni penyanyi lagu Gila itu, malah mereka meletakkan Kaka dalam senarai ‘Pembenci Yahudi’ dalam satu hantaran di akaun rasmi Jew Hate Database di Instagram.

Dengan memuatnaik gambar Kaka, pemilik akaun Jew Hate Database itu turut memaklumkan bahawa dia adalah penyanyi yang bernaung di bawah label rakaman, Warner Music Malaysia.

“Rakan kami @natebuzz sering mendapat mesej kebencian sepanjang masa, tetapi ini mengatasi semua…

“Kenali Kaka Azraff, seorang pembenci Yahudi dan penyanyi pop Malaysia yang menandatangani kontrak dengan Warner Music Malaysia.

“Pada masa lapangnya, dia mengganggu pempengaruh online dalam kejadian khusus ini, Nate sambil menyokong penghapusan semua orang Yahudi dan menyatakan sentimen bahawa Hitler sepatutnya, membunuh semua orang Yahudi, retorik Anti-Yahudi terkenal,” tulis kapsyen di dalam hantaran itu.

Semua akaun media sosial Kaka Azraff didedahkan dalam akaun rasmi, Jew Hate Database di Instagram – Gambar Instagram, 1 Disember, 2023

Apa melucukan, pemilik akaun itu meletakkan status penafian di bawah kapsyen ditulisnya itu.

“Penafian untuk pemeriksa fakta IG: hantaran ini hanyalah pandangan/pendapat/teori/sindiran dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Saya juga tidak memberi sebarang nasihat,” katanya.

Hantaran mengenai Kaka yang dimuatnaik dua hari lalu itu, bagaimanapun menerima sokongan hampir 30,000 ribu penyokong sejati Israel.

Mereka juga menyelitkan nama Warner Music dan Warner Music Malaysia di dalam komen mereka.

Komen seorang pengikut @hilalove dengan nada menyindir ‘Warner Music Malaysia, anda mempunyai artis yang bagus di sana’.

Seorang lagi pengikut, iaitu @billshapiro pula memberikan komen ‘Warner Music, betul ke? Ini orang yang anda mahukan di dalam label anda?

Kaka Azraff diserang sekelompok penyokong Israel serta meletakkannya dalam senarai ‘Pembenci Yahudi’ dalam satu hantaran di akaun rasmi, Jew Hate Database di Instagram – Gambar Instagram, 1 Disember, 2023

Pengikut bernama @nickyaustin_mua menyatakan ‘adakah anda akan membenarkan ini daripada seorang daripada artis anda Warner Music?

Ada pula komen mendesak agar pihak Warner Music Malaysia atau Warner Music melakukan sesuatu dan mengharapkan agar pihak label itu, mengugurkan Kaka daripada menjadi artis naungan mereka.

“Pecat artis wanita anda Warner Music,” kata pengikut bernama @shazziz.

“Warner Music Malaysia, artis ini patut digugurkan serta merta! Warner Music”,” komen @abbsmeister. – 1 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related