Muhyiddin malu, aib dengan Umno ‘lebih rela tanggung risiko Ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar’

Bagi Muhyiddin, berunding dengan Kerajaan Perpaduan ibarat mengemis kepada Umno

3:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa malu jika Perikatan Nasional (PN) berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai peruntukan wakil rakyat pembangkang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN lebih rela menanggung risiko Ahli Parlimen Bersatu menyokong Anwar.

“Lagipun PN masih bernafsu untuk ambil alih Putrajaya melalui pintu belakang.

“Muhyiddin juga yakin dia boleh kembali jadi Perdana Menteri. Maka apa perlunya berunding?” soalnya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah Ahli Dewan Undangan (Adun) Rengit itu, bagi Muhyiddin berunding dengan kerajaan Anwar ibarat mengemis kepada Umno, yang merupakan “co pilot” kepada Kerajaan Perpaduan.

“Muhyiddin rasa amat aib dengan Umno. Berunding dengan Anwar umpama mengemis pada Umno kerana Umno adalah ‘co pilot’ Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Setakat ini, seramai lima Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan secara terbuka kepada Perdana Menteri.

Mereka ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Muhyiddin dipecat daripada Umno pada 2016 selepas percubaan memberontak terhadap Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 1 Disember, 2023

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related