Rizman Ruzaini dinobat jenama fesyen terbaik di KLFA 2023

Pereka fesyen duo ini berjaya mengondol dua anugerah utama dalam acara berprestij itu termasuklah Anugerah Pencapaian Terbaik

12:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seperti diramal, jenama fesyen terkenal negara, Rizman Ruzaini dinobat sebagai jenama terbaik di Kuala Lumpur Fashion Award (KLFA)2023 yang berlangsung malam tadi.

Rizman Ruzaini berjaya menewaskan tiga lagi pencabarnya, Fizi Woo, Alia Bastamam serta Mimpi Kita.

Selain memenangi anugerah ‘Brand Of The Year’, pereka fesyen duo itu turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Terbaik atas pencapaian luar biasa tahun ini.

Menurut Ruzaini, anugerah tersebut merupakan pencapaian yang amat membanggakan sebagai pereka fesyen tempatan.

Selain merangkul anugerah ‘Brand Of The Year’, pereka fesyen duo itu turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Terbaik atas pencapaian luar biasa tahun ini – Gambar Scoop/Azim Rahman,1 Disember, 2023

“Ini adalah hasil kerja keras pasukan kami. Tak sangka sebenarnya akan membawa pulang dua anugerah utama kerana calon lain juga amat hebat,” katanya.

Bagi Rizman pula, anugerah tersebut menaikkan semangat mereka untuk menghasilkan karya terbaik dan membanggakan Malaysia.

“Banyak kejayaan yang kami raih tahun ini. Diundang untuk menjadi penutup bagi Minggu Fesyen Dubai, ditambah pula dengan penampilan supermodel terkenal dunia, Naomi Campbell yang sudi berjalan di pertunjukan fesyen kami.

“Kami sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat di atas kejayaan ini terutamanya untuk isteri kami yang sentiasa menyokong dan bersabar dengan kami selama ini,” katanya.

Ditanya mengenai impian mereka untuk tahun depan, mereka berkata, misi utamanya adalah untuk meletakkan nama Malaysia dalam peta fesyen dunia.

“InsyaAllah, kami akan teruskan misi kami sampailah orang nampak dan tahu Malaysia ini bukan sekadar ada menara KLCC sahaja, tetapi juga ada Rizman Ruzaini,” katanya.

Selepas berjaya memperagakan koleksi mereka di Minggu Fesyen Dubai, Rizman Ruzaini seterusnya memasang impian untuk menakluk bumi Eropah pula dengan menyertai Minggu Fesyen Paris.

“Paris adalah lokasi impian kami. InsyaAllah, jika ada rezeki, kami akan mementaskan karya kami di sana juga. Namun kami akan teruskan legasi kami di Minggu Fesyen Dubai pada Februari depan.

“Selepas berjaya mendapatkan Naomi Campbell, mungkin kali ini kami akan cuba Bella Hadid pula,” kongsi Rizman.

Sebanyak 17 anugerah dipertandingkan pada malam acara KLFA 2023 itu.

Antaranya, Pereka Fesyen Pakaian Lelaki/Wanita Terbaik (Kit Woo & Fizi Woo), Pereka Fesyen Gaya Jalanan Terbaik (Masyadimansoor), Jurusolek Terbaik (Shiyo Joo), Penata Gaya Rambut Terbaik (Ckay Liow), Personaliti Fesyen Lelaki/Wanita Terbaik (Nazreem Musa & Christinna Kuan) dan Ikon Fesyen Sepanjang Tahun (Nazreem Musa). – 1 Disember, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related