‘Saya tak buat benda macam itu, ia video palsu’, Tony Eusoff nafi terbabit rakaman lucah

Terdahulu, tersebar video lucah di media sosial memaparkan seorang lelaki yang dikatakan mirip Tony

12:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon kacak, Tony Eusoff menafikan dia terbabit dengan video lucah yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Menurut Tony atau nama sebenarnya Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, 46, dia menyedari mengenai perkara itu apabila ada rakan berkongsi video berkenaan dengannya.

“Saya tak buat benda-benda macam itu. Kawan-kawan saya pun tahu bahawa video itu adalah palsu.

“Individu yang menyebarkan video ini sangat tidak bertanggungjawab. Siapa yang percaya bahawa individu dalam video tersebar itu adalah saya, maknanya mereka tertipu. Jangan percaya.

“Bukan saya seorang sahaja kena, sebelum ini pun sudah ada berlaku pada orang lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Upfront 2024 Viu Malaysia.

Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video itu, pelakon berasal dari Sarawak berkenaan menganggap tiada guna untuk dia berbuat demikian.

“Di dunia sekarang ini macam-macam malapetaka sedang berlaku seperti di Palestin contohnya. Di sana lebih ramai orang terseksa dan merana. Jadi saya tak mahu fokus kepada perkara seperti ini. Nak cari individu yang sebar video itu pun buang masa sahaja,” jelasnya.

Terpalit dengan kontroversi panas seperti itu, pastinya ia sedikit sebanyak akan mencalarkan imej dan reputasi selebriti, namun bagi Tony, dia tidak merasakan perkara terbabit menjejaskan nama baiknya sebagai seorang pelakon.

“Buat masa ini saya rasa ia tidak menjejaskan. Saya percaya apabila saya bekerja, saya bekerja dengan sepenuh hati. Saya akan beri yang terbaik. Boleh tanya dengan mana-mana produksi pernah saya kerja. Perkara ini saya boleh jamin,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Tony bakal muncul dengan drama bersiri adaptasi dari Korea Selatan, iaitu W:Two Worlds yang bakal bersiaran melalui platform penstriman, Viu Malaysia bermula 30 November 2023. – 29 November 2023

Topics

 

Popular

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related