Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad pada 31 Jan tahun depan

Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes hari ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Huda Humaira Idris

1:07 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan menetapkan 31 Jan untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan yang dikemukakan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad terhadap sabitan, hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta bagi kesalahan rasuah.

Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes hari ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Huda Humaira Idris.

Seorang daripada peguam yang mewakili Mohd Isa, Siti Sarah Khalil dan Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz yang mewakili pendakwaan mengesahkan tarikh keputusan baharu itu ketika dihubungi Bernama.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M.Komathy Suppiah pada mulanya dijadualkan menyampaikan keputusan mereka berhubung rayuan Mohd Isa hari ini.

Bagaimanapun, Siti Sarah berkata pasukan pembelaan menerima notis daripada mahkamah yang memaklumkan mereka bahawa tarikh keputusan telah dilapangkan dan digantikan dengan pengurusan kes hari ini.

Pada 14 Okt lepas, panel itu menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan pembelaan dan pendakwaan.

Mohd Isa, 73, telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021 terhadap sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Dis 2015.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan tempoh pemenjaraan keseluruhan 54 tahun dan denda RM15.45 juta, atau penjara 18 tahun jika gagal membayar denda itu.  

Bagaimanapun, beliau mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak dan ini bermakna Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman itu selama enam tahun.

Mohd Isa, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, memfailkan notis rayuan pada 4 Feb 2021.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1.5 juta dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga rayuan kes itu selesai. – 28 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related