Kerajaan akan bawa balik segera 127 rakyat jadi mangsa sindiket pemerdagangan di Myanmar

Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberi jaminan kesemua mereka kini berada di lokasi selamat

9:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri berusaha mengeluarkan 127 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan di Myanmar dalam kadar segera.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya turut memberi jaminan kesemua mereka kini berada di lokasi selamat.

Katanya, perancangan awal untuk menerbangkan mangsa terbabit ke Kuala Lumpur seawal-awalnya pada Khamis ini.

“Pada awalnya kita berjaya dapatkan 26 rakyat Malaysia, tapi dari semasa ke semasa, dalam dua tiga hari selepas itu jumlahnya bertambah dan terkini 127 orang.

“Lantaran itu, rancangan kita untuk bawa mereka balik pada peringkat awal agak tergendala sebentar, disebabkan jumlah yang bertambah dalam tempoh beberapa hari ini dan kita cuba perancangan awal pada 30 November ini (Khamis).

“Wakil kita di Myanmar sedang berusaha memastikan semua rakyat Malaysia 127 orang ini, dapat dikeluarkan dan kita sedang menunggu arahan daripada pihak berkuasa Myanmar untuk memberikan kebenaran. Sekarang ini mereka (mangsa) berada dalam keadaan selamat,” katanya kepada pemberita.

Zambry berkata, Wisma Putra akan turut membantu dua mangsa bukan warganegara yang berasal dari Indonesia dan Hong Kong untuk pulang ke negara masing-masing.

Malah, beliau menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Myanmar dan China yang bekerjasama membantu mempermudahkan proses penghantaran pulang mangsa sindiket, termasuk dari Indonesia serta Hong Kong.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua negara (Myanmar), termasuklah China yang berikan kerjasama memastikan rakyat Malaysia kita dapat dikeluarkan.

“Kita juga membantu dua orang bukan rakyat Malaysia, satu dari Indonesia dan satu dari Hong Kong. Kita harap dapat keluarkan (mereka) dalam kadar segera.

“(Sekarang ini) kita hanya menanti masa sahaja daripada pihak berkuasa Myanmar dalam usaha untuk menerbangkan mereka pulang ke KL,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan sekitar 20 rakyat Malaysia terperangkap di Myanmar selepas diperdaya dengan tawaran gaji lumayan sebagai pegawai khidmat pelanggan, sebelum akhirnya dipaksa bekerja sebagai scammer oleh sindiket berkenaan.

Seorang mangsa yang berjaya diselamatkan pada 11 Oktober lalu berkata, mangsa sindiket, terutama beragama Islam turut disajikan dengan makanan tidak halal, termasuk daging babi serta pernah diseksa menggunakan alat renjatan elektrik selama 14 bulan ditahan di sana. – 27 November, 2023

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related