Fahmi pertimbang fail saman fitnah berkaitan konsert Coldplay

Ada individu membuat hantaran berbentuk grafik beliau mengungkapkan kalimah ‘Alhamdulillah’ kerana konsert berlangsung lancar

11:21 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mempertimbang untuk memfailkan saman terhadap pihak yang memfitnahnya berkaitan penganjuran konsert kumpulan rock antarabangsa Coldplay baru-baru ini.

Beliau berkata, ada individu membuat hantaran berbentuk grafik menyatakan beliau mengungkapkan kalimah ‘Alhamdulillah’ berikutan konsert itu berlangsung dengan lancar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

Katanya, tuduhan dilemparkan individu itu adalah berdasarkan laporan media mengenai respons beliau berhubung penganjuran konsert berkenaan.

“Tuduhan itu bagi saya bersifat fitnah dan berniat jahat, sebenarnya lari daripada konteks apa yang saya sebut dan jawapan saya kepada seorang wartawan dan jawapan penuh saya boleh didapati di laman web (laporan berita) itu.

“Saya akan minta peguam untuk meneliti semua pihak yang mengeluarkan grafik fitnah ini dan kita akan ambil tindakan undang-undang terhadap mereka… ada pihak dengan motif memesongkan fakta dari kenyataan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berakhir Kongres Nasional Keadilan 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Sebelum ini, tular satu hantaran di Facebook mendakwa Fahmi ‘bersyukur’ dengan pelaksanaan konsert Coldplay selain turut disertakan grafik mengandungi wajah menteri itu berlatar belakangkan suasana konsert dengan tajuk ‘Konsert Coldplay: Alhamdulliah, berjalan dengan lancar – Fahmi Fadzil”. – 26 November, 2023

Topics

Hangat

Renewed threat on Vivekananda Ashram – Ravindran Raman Kutty

Brickfields' cultural heritage facing development risk again

We almost didn’t survive: Penampang resident recounts ‘worst flood in decades’

60-year-old describes how tragedy left him and his family devastated after losing nearly everything in their home

Buddhist leader urges calm, constructive actions following offensive football fan posts

He acknowledges that posts were unkind, unprofessional, but no plans to lodge additional police reports

Related