‘Sirul perlu kemuka permohonan sabitan hukuman mati untuk bolehkan pihak berkuasa siasat dakwaannya’

Jika Sirul berhasrat untuk mengemukakan permohonannya (untuk semakan hukuman mati), ia perlu dilakukan menerusi peguamnya.

6:30 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Pihak berkuasa tidak dapat menyiasat dakwaan yang dibuat oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar mengenai sabitannya dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pada 2006, selagi pihaknya tidak mengemukakan permohonan semakan hukuman mati.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kerajaan belum dimaklumkan Sirul membuat permohonan terbabit menerusi peguamnya selepas dibebaskan dari pusat tahanan Australia pada awal bulan ini.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jika Sirul Azhar berhasrat untuk mengemukakan permohonannya (untuk semakan hukuman mati), ia perlu dilakukan menerusi peguamnya. – Abdul Razak Latif/Scoop, 26 November, 2023

Saifuddin merujuk kenyataan peguam kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang menggesa kerajaan untuk terlibat dengan pihak berkuasa Australia bagi memudahkan ekstradisi Sirul dan memastikan siasatan menyeluruh terhadap dakwaannya.

“Jika (Sirul) berhasrat untuk mengemukakan permohonannya (untuk semakan hukuman mati), ia perlu dilakukan menerusi peguamnya,’’ kata Saifuddin pada sidang media selepas Kongres Nasional Keadilan 2023 di sini hari ini.

“Keputusan muktamad adalah terpulang kepada Sirul (sama ada mahu mengemukakan semakan permohonan atau tidak),’’ katanya.

Terdahulu, Saifuddin dilaporkan mengesahkan bahawa bekas polis, Azilah Hadri, juga disabitkan dengan pembunuhan Altantuya, telah mengemukakan semakan hukuman mati.

Azilah merupakan antara 1,000 banduan yang telah mengemukakan permohonan semakan hukuman terbabit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Sirul telah diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya selaras dengan perlembagaan dan undang-undang Malaysia.

Polis Diraja Malaysia menyifatkan kenyataan Sirul dalam temu bual dengan media antarabangsa mengenai sabitan hukumannya sebagai tidak berasas dan mencetuskan lebih banyak spekulasi.

Sementara Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis masih meneliti dan mencari penyelesaian untuk membawa pulang Sirul Azhar kembali ke negara ini.

Sirul Azhar yang berpangkat Koperal bersama Cif Inspektor Azilah Hadri ditangkap, sebelum didakwa di Mahkamah Shah Alam kerana membunuh Altantuya pada November 2006.

Baru-baru ini, Sirul dalam wawancara bersama Al-Jazeera mendakwa telah dikambing hitamkan dan diarah untuk menutup mulut dengan dibayar RM1 juta melalui peguamnya.

Dia juga mendakwa mendapat arahan daripada pegawai atasan untuk melakukan pembunuhan ke atas Altantuya selain turut membuat permohonan maaf kepada keluarga mendiang.

Sirul sebelum ini melarikan diri ke Australia pada 2015 dan ditahan di bawah tahanan Imigresen negara berkenaan sebelum dibebaskan awal bulan ini.

Selepas dibebaskan oleh kerajaan Australia, dia menyatakan akan tinggal di negara berkenaan dan tidak berhasrat untuk pulang ke Malaysia. – 26 November, 2023

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related